CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

'Dapur Selebriti Knorr' - Pertandingan Memasak 60 Artis Malaysia


Program realiti Dapur Selebriti Knorr bakal menampilkan pertandingan memasak melibatkan 60 artis Malaysia. Betul ke artis-artis kita pandai memasak? Hah, ni yang kena tengok, bagaimana artis pujaan anda memasak!
Buat julung kalinya, program itu bakal disiarkan di TV3 mulai 10 Jun ini, setiap Jumaat, pukul 6 petang.

Antara artis yang terlibat adalah pasangan Khai dan Rosma, AC Mizal dan Emylia Rosnaida, Rozita Che Wan, Dira Abu Zahar, Zizan Nin, Elaine Daly, Carmen Soo, Shasha Saidin dan adiknya Zain, Linda Rafar dan Diana Rafar serta kumpulan Estranged.

 Barisan artis yang terlibat dalam Dapur Selebriti.

Turut serta adalah Meet Uncle Hussain, Mohd Mentor, Adi Mentor, Tomok, Vince Chong, Susan Manen dan Mustapha Kamal serta Kenchana Dewi.

"Setiap minggu, seramai enam selebriti dibahagikan kepada tiga pasangan yang bertanding. Mereka dikehendaki memasak mengikut tema yang diberikan oleh pihak penerbitan.

"Pasangan yang mendapat markah terendah dalam cabaran memasak pertama akan disingkirkan manakala dua pasangan akan terus bersaing dalam cabaran memasak kedua sebelum menentu juaranya," kata Sheila Rusly, selaku hos program tersebut.

Misalnya tema Hidangan Seisi Keluarga memerlukan artis menyediakan hidangan berkhasiat daripada masakan pembuka selera sehinggalah pencuci mulut.

 Gambar Zain Saidin dan kakaknya Sasha

Dalam segmen Ikan Oh Ikan! pula, setiap pasangan perlu menangkap ikan sendiri untuk dimasak.

Terdapat juga paparan episod di mana artis hanya dibenarkan menggunakan kayu api.

Sebahagian dari hasil jualan akan disumbangkan kepada badan amal yang menjadi pilihan setiap pasangan.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

'Dapur Selebriti Knorr' - Pertandingan Memasak 60 Artis Malaysia By Mohd Rohaizad. Published: 27.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...