CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Seniwati Mahyon Ismail Meninggal Dunia - Ibu Faizal Hussein


Takziah diucapkan kepada keluarga seniwati Mahyon Ismail atau nama sebenarnya Mayayun Binti Ismail telah telah meninggal dunia pada pukul 1 tengah hari tadi di Hospital Ampang Puteri, Kuala Lumpur.

Menurut cucunya, Ayang Hussein atau nama sebenarnya Natra Yasmin, 27 tahun, neneknya itu tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan kritikal selain penyakit diabetis.

"Sebenarnya arwah nenek tidak mempunyai penyakit yang serius selain diabetis yang dialami sejak tahun 1999.

 Seniwati Mahyon Ismail Meninggal Dunia

"Cuma pada malam tadi, arwah dihantar ke klinik kerana demam panas serta batuk dan doktor telah memberi ubat yang tidak bersesuaian sehinggakan sampaikan sistem tubuh badan arwah gagal berfungsi.

"Saya dan ibu, Dila Hussein, membawanya ke hospital dan ketika itu dia terus koma dan terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada pukul 10 malam tadi," katanya.

Tambah Ayang, keluarganya terkejut kerana tidak sangka Allahyarham meninggal dunia dengan sekelip mata sedangkan pada Khamis lalu, dia bersama ibunya serta Allahyarham telah membeli belah dan meluangkan masa bersama.

Malah Allahyarham yang merupakan ibu kepada Faizal Hussein itu baru sahaja tamat penggambaran drama Terapah Bulan Madu di bawah Skop Production pada minggu lepas.

Jenazah akan dimandikan di Madrasah sekitar Gombak dan dijangkan akan dikebumikan di Tanah perkuburan Ibu Kota, Danau Kota, selepas waktu Asar.

Marilah kita sama-sama sedekah A-Fatihah kepada seniwati Mahyon Ismail, semoga roh beliau bersama orang beriman dan dicucuri rahmat Allah s.w.t. Aminn..

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Seniwati Mahyon Ismail Meninggal Dunia  - Ibu Faizal Hussein By Mohd Rohaizad. Published: 21.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...