CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Serina Redzuawan Hamil Mengandung Anak Kedua


Tahniah kami peminat ucapkan kepada pelakon dan pengacara Serina Redzuawan yang hamil mengandung anak kedua yang baru sahaja berusia sebulan. Serina mengesahkan perkara itu menerusi laman sosial Facebook miliknya yang ditulis pada Ahad.

“Syukur, alhamdulillah kerana saya telah hamil anak kedua dan ingin berkongsi berita gembira ini.

“Doakan saya mendapat anak perempuan pula kali ini. Setakat ini saya tidak mendapat alahan seperti mengandungkan Tristan Tareef dulu,” katanya dalam laman sosial itu.

 Gambar Serina sedang bahagia dengan suaminya Salahudin Ghaffar dan anaknya.

Pelakon itu turut mempunyai seorang anak lelaki bernama Tristan Tareef O'luanaigh yang kini berusia lapan bulan hasil perkahwinannya dengan Gavin Edward O’luanaigh atau nama Islamnya Salahudin Ghaffar.

Dalam perkembangan lain, Serina sedang sibuk berlakon drama Roda Roda Kuala Lumpur dan menerbitkan drama Mampus Masuk Kampung di bawah syarikatnya, YKS Film Maker Sdn Bhd yang ditubuhkan dua tahun lalu.

Selain itu, dia masih aktif menjadi pengacara majlis dan menjalankan perniagaan minuman kesihatan Mavellous.

 Gambar catatan umum hamil menerusi laman Facebook Serina

Katanya, minuman yang dijual pada harga RM500 itu disasarkan kepada golongan berumur 20 tahun ke atas. Ia sesuai untuk mereka yang ingin mendapatkan awet muda, merawat penyakit kencing manis dan mati pucuk.
Bapanya, Datuk Chef Wan turut ditampilkan sebagai duta produk tersebut.

Best Ke Drama Annissa?

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Serina Redzuawan Hamil Mengandung Anak Kedua By Mohd Rohaizad. Published: 31.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...