CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Shila Amzah ND Lala Rakam Album Bahasa Cina Mandarin


Betul ke Penyanyi Shila Amzah anak ND Lala berhasrat untuk merakam album bahasa cina Mandarin dan cuba untuk menguasai semula bahasa Mandarin dengan mengikuti kelas bahasa tersebut?

Katanya, dia dalam perancangan untuk menghasilkan lagu dalam bahasa Mandarin kelak.

“Insya-Allah, saya sedang berbincang dengan pihak penerbit lagu dari China untuk proses rakaman.

 Shila Amzah berhasrat menghasilkan lagu dalam bahasa Mandarin.

“Saya memang boleh berbahasa Mandarin kerana pernah belajar selama tiga tahun ketika menuntut darjah 1, 2 dan 3 semasa di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Lee Robber, Gombak. Cuma saya perlu lebih menguasai bahasa tersebut dengan mengikuti kelas bahasa Mandarin tidak lama lagi,” kata Shila.

Shila ditemui ketika menjayakan persembahan sempena Malam Gala Ulang Tahun ke-4 Mandalay di Hotel Le Meridien, di sini.

Majlis bertemakan warna jingga tersebut turut meraikan ulang tahun perkahwinan ke-20 Pengarah Rafflesia The Pearl Centre, Winnie Sin dan suaminya, Sin Cheang Loong serta sambutan hari jadi Winnie ke-41.

Anak kepada penyanyi ND Lala ini menyampaikan sebuah lagu bahasa Mandarin berjudul Forever Love yang dipopularkan oleh penyanyi Taiwan, Wong Lee Hom.

Selain Shila, penyanyi lain yang turut menjayakan persembahan di majlis itu adalah penyanyi Hong Kong, Maria Cordero, Jaclyn Victor, Syafinaz Selamat, Deja Moss dan Mohd Azhar Osman (Juara Bintang Idola Berita Harian 2010).

 Antara selebriti yang hadir ke meraikan Winnie Sin (tiga dari kanan) di Hotel Le Meridien adalah Azhar (kiri), Shila, Syafinaz, Jaclyn dan Maria.

“Saya diundang khas oleh Winnie Sin untuk menyanyikan lagu dalam bahasa Mandarin. Lalu saya memilih lagu Forever Love kerana lagu itu bermaksud kata hati seorang suami kepada isterinya yang sesuai yang ditujukan kepada pasangan suami isteri itu.

“Tambahan pula saya menyukai suara Wong Lee Hom yang merdu dan pandai menggubah lagu sendiri,” ujarnya yang bakal tampil dengan single terbaru berjudul Patah Seribu ciptaan sepenuhnya oleh Shila sendiri.

Dia yang menggayakan gaun petang rekaan Riffai juga bakal menyiapkan muzik video untuk lagu tersebut selain sibuk mempromosikan album 3 Suara kolaborasi dengan Jaclyn Victor dan Ning Baizura, menjadi duta minuman Tinge dan produk kecantikan Safi Balqis.

Bercerita tentang album 3 Suara, Shila agak teruja apabila lagu Beribu Sesalan yang dimuatkan dalam album tersebut dicalonkan di Muzik Muzik di TV3.

Mereka bertiga juga telah merakamkan muzik video lagu tersebut di Jakarta Selatan pada bulan lalu dan bakal menjayakan persembahan Anugerah Planet Muzik (APM) di Singapura pada Julai ini. -MStar

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Shila Amzah ND Lala Rakam Album Bahasa Cina Mandarin By Mohd Rohaizad. Published: 21.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...