CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Sinopsis Filem Kung Fu Panda - Animasi Pengembaraan 3D


Filem Kung Fu Panda Dibintangi Pelakon Hebat: Jack Black, Angelina Jolie, Jackie Chan, Gary Oldmen, Seth Rogen

Genre: Animasi Pengembaraan 3D

Sinopsis Review Filem Animasi Kung Fu Panda:

Anda masih ingat  lagi dengan Panda comel yang kuat makan dan pandai berkungfu? Watak animasi yang diperkenalkan pada tahun 2008 ini memang lucu dan menghiburkan.  Kalau dulu kita melihat Po bersusah-payah menjalani latihan kungfu untuk menjadi seorang pahlawan, kini dalam sekuel kedua,  Po dan kumpulannya, Furious Five, berjuang menentang Lord Shen, seekor Merak yang mahu merampas tahtha kerajaan dan menghancurkan dunia kungfu.  

Seperti filem pertama dahulu, kami sangat berpuas hati dengan aksi pertempuran yang dipaparkan. Padat dan mendebarkan. Walaupun Po adalah pujaan ramai kanak-kanak, tetapi kami percaya ramai juga golongan dewasa yang suka dengan panda ini. Sebagai Pahlawan Naga, Po menjadi sebutan ramai dan ramai kanak-kanak di Lembah Aman menjadikannya sebagai idola.

Pengembaraan Po bersama rakan-rakannya bermula apabila Lembah Aman diserang oleh konco-konco Lord Shen bagi mendapatkan tembaga bagi menghasilkan senjata yang boleh memusnahkan kungfu dan China. Bagi menghentikan niat jahat Lord Shen, Po dan rakan-rakannya menjejaki musuh negara ini.

Plot cerita tambah menarik apabila penulis, Jonathan Aibel dan Glenn Berger mengupas tentang asal-usul Po. Satu demi satu bayangan terlintas di fikiran Po. Semakin dekat Po dengan Lord Shen, semakin jelas bayangan masa silamnya. Rupa-rupanya, Lord Shen bertanggungjawab atas kematian orang tuanya.

Kami suka dengan skrip filem ini yang menonjolkan semangat kekeluargaan. Dalam bergelak ketawa, mesej yang cuba disampaikan cukup besar.

Bagaimanapun, kami agak kecewa dengan kesan 3D filem ini. Pengalaman menontonnya lebih kurang sama dengan versi 2D.  Memanglah visualnya lebih jelas tetapi tidak ada yang benar-benar meninggalkan kesan. Kami pun tidak ingat adegan mana yang memberikan kesan terbaik. Jadi, tidak rugi pun kalau anda ingin saksikan dalam format 2D.


Info Menarik Filem Kung Fu Panda:

Filem yang ditayangkan secara serentak di seluruh dunia ini mendapat maklumbalas positif daripada pengkritik pada hari pertama ditayangkan (26 Mei 2011). Dalam satu temubual pada Disember 2010, Ketua Animasi DreamWorks, Jeffrey Katzenberg memberitahu terdapat enam buah filem yang akan diterbitkan untuk siri Kung Fu Panda ini.

Maharaja Lawak Minggu Ke-9: Kumpulan Balas Tersingkir

Saksikan Video youtube trailer filem Kung Fu Panda dibawah.


Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Sinopsis Filem Kung Fu Panda - Animasi Pengembaraan 3D By Mohd Rohaizad. Published: 28.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...