CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Siti Nurhaliza Rakam Album Inggeris, Berdebar Reaksi Peminat



Berita hangat, album inggeris Siti Nurhaliza bakal didengar oleh para peminat Siti tidak lama lagi. “Semalam (Ahad), Siti baru sahaja selesai merakamkan gambar untuk kulit muka depan album Inggeris Siti. Album ini masih dalam proses mastering sebab ada beberapa penambahan yang perlu dibuat dalam susunan muziknya. Kalau semuanya berjalan dengan lancar, Siti akan lancarkan album ini pada bulan Jun nanti,” ulas Siti apabila ditanya tentang perkembangan terbaru album Inggerisnya.

Dalam masa yang sama Siti juga mengakui dia sebenarnya sangat berdebar-debar apabila memikirkan reaksi peminat nanti. Jelas isteri kepada Datuk Khalid Mohamad Jiwa ini, debaran yang dirasakan tidak sama dengan album-albumnya sebelum ini memandangkan konsep album Inggeris ini lain daripada lain.

“Selain berbahasa Inggeris, lagu-lagu di dalam album sangat berbeza dengan lagu-lagu yang pernah Siti nyanyikan sebelum ini. Sebab itu Siti rasa sangat berdebar-debar hendak tahu reaksi peminat. Bagaimanapun, Siti sedia menerima kritikan kerana percaya ia boleh memperbaiki kelemahan yang ada. Siti telah cuba melakukan yang terbaik dan harap peminat boleh terima album Inggeris pertama Siti ini,” ulas Siti lagi.

Bercerita tentang cabaran yang dihadapi ketika merakamkan album ini, Siti memberitahu dia tidak mempunyai masalah untuk menjiwai setiap lagu, namun mengakui menghadapi sedikit kesukaran untuk mendapatkan lenggok dan slanga beberapa perkataan .

“Hendak menjiwai setiap lagu, Siti tidak punya masalah sebab lagu diberi lebih awal sebelum proses rakaman. Tapi, Siti rasa susah sikit hendak dapatkan lenggok dan slanga yang betul walaupun perkataan itu mudah sahaja,” ujar Siti.

Dalam perkembangan lain, penyanyi nombor satu negara ini juga bakal mengadakan konsert jelajah Indonesia bermula 29 Jun hingga 7 Julai ini. Konsert kerohanian tersebut bakal diadakan di beberapa buah bandar iaitu di Jogjakarta, Banjarmasin, Jakarta dan Padang.

“Siti rasa sudah sampai masanya Siti bertemu peminat di sana kerana sudah agak lama tidak mengadakan persembahan di sana. Konsert terakhir di Makassar pada tahun 2007. Idea untuk mengadakan konsert ini tercetus ketika Siti ke Bandung pada awal tahun lalu untuk acara Seminar Ekonomi Malaysia-Indonesia. Ketika itu Siti lihat ramai peminat yang mula rindukan persembahan Siti. Jadi, apabila ada pihak yang ingin membawa Siti ke sana, Siti tidak mahu lepaskan peluang,” ujar Siti yang ditemui selepas sidang media Malam Gala SimplySity di Universiti Teknologi Mara (UiTM) kelmarin.

Buat peminat tempatan, jangan bimbang. Siti juga sedang merancang untuk mengadakan konsert di sini. Menurut penyanyi ini dia sudah terlalu rindu untuk menghiburkan peminat di sini. Bagaimanapun, tarikh dan masa masih belum ditetapkan. Namun, penyanyi ini membayangkan konsert ini bakal diadakan selepas sambutan Aidilfitri. (Gua)

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Siti Nurhaliza Rakam Album Inggeris, Berdebar Reaksi Peminat By Mohd Rohaizad. Published: 10.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...