CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Memuatkan ...

Syafiq Yusof Haslam Pengarah Filem Saya Amat Mencintaimu (SAM)


Betul ke Syafiq Yusof anak kepada Datuk Yusof Haslam menjadi pengarah filem 'Saya Amat Mencintaimu' (SAM)? Adik kepada pengarah dan pelakon Syamsul Yusof, Syafiq,18 tahun, (gambar) bakal mengarah filem cereka pertamanya berjudul Saya Amat Mencintaimu (SAM).

Filem tersebut dilakonkan oleh Syamsul Yusof, Lisa Surihani, Shaheizy Sam, Azad Jasmin dan Neelofa.

Gambar Syafiq Yusof, anak Datuk Yusof Haslam

Menurut bapanya yang juga penerbit Skop Production, Datuk Yusof Haslam, 57 tahun, Syafiq merupakan pelajar Universiti Metropolitan Kuala Lumpur (KLMU) dan pernah menghasilkan filem pendek dan mendalami teknik imej janaan berkomputer (CGI).

“Saya gemarkan elemen cinta dalam sebuah cerita tetapi Syamsul selalu menolak genre percintaan dan romantik sebaliknya lebih selesa dengan genre aksi.

“Jadi, saya memberi peluang kepada Syafiq untuk mengarah filem pertama bercorak romantik komedi iaitu SAM yang akan menjalani penggambaran tidak lama lagi,” katanya,

Sebelum ini, Syafiq juga pernah diberi peluang mengarah drama Gerak Khas yang disiarkan di RTM.

Selain itu, Yusof yang telah bergelar penerbit filem sejak 20 tahun lalu juga bakal menerbitkan filem terbaru arahan Syamsul iaitu Aku Bukan Tomboi dan Jalan Kembali… Bohsia.

Riak wajahnya juga menunjukkan dia berbangga dan rasa bertuah kerana mempunyai anak seperti Syamsul dan Syafiq yang kini mengikut jejaknya untuk aktif dalam bidang perfileman. Tahniah diucapkan, semua anaknya terlibat dalam dunia seni terutamanya dalam pengarahan filem. Diharap filem dan drama yang berkualiti dihasilkan agar rakyat Malaysia lebih terbuka minda dan jangan hanya pentingkan keuntungan sahaja dalam industri seni Malaysia.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Syafiq Yusof Haslam Pengarah Filem Saya Amat Mencintaimu (SAM) By Mohd Rohaizad. Published: 25.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...