CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Syarikat Alyah: Ladybird Artis Naungan 'Like Music Entertainment'


Setelah beroperasi selama tiga tahun, syarikat milik penyanyi popular, Alyah, ‘Like Music Entertainment’ kini melebarkan sayapnya apabila bakal memperkenalkan artis baru di bawah naungan syarikat mereka tersebut iaitu, “Ladybird”.

Dianggotai oleh tiga orang gadis berbakat besar iaitu Eeza, 18, Nadia, 22, dan Mell, 22, anak didik Alyah ini bakal menggegarkan industri hiburan tanah air dengan konsep Retro Pop.



“Sudah sebelas tahun Alyah dalam industri namun tiga tahun kebelakangan ini saja baru orang kenal Alyah. Perjalanan sekarang sudah senang dan orang pun dah boleh terima Alyah, jadi Alyah nak turunkan pula sesuatu kepada bakat baru.

“Alyah pilih mereka melalui ujibakat yang diadakan pada tahun lepas dan mereka semua tak kenali antara satu sama lain. Mereka terpilih antara 28 orang yang hadir pada sesi ujibakat tersebut. Salah satu sebab Alyah tubuhkan “Ladybird” kerana Alyah sendiri suka pada artis berkumpulan, jadi Alyah cuba untuk kembalikan zaman-zaman seperti Feminin, Elite dan Freshies,” ujarnya yang akan memperkenalkan “Ladybird” kepada umum tidak lama lagi.

“Alyah akan keluarkan single bersama mereka dulu. Alyah tak nak mereka statik pada satu konsep sahaja, kalau boleh Alyah nak imej mereka berubah supaya orang tak akan bosan. Alyah harap orang boleh terima ‘first baby’ Alyah ini dan pada masa akan datang, Alyah harap dapat bagi jasa pada anak-anak muda yang nak masuk ke dalam dunia hiburan ini.”

Menyentuh mengenai kisah peribadi pelantun lagu “Tak Mungkin Kerana Sayang” ini, Alyah mengakui ingin memberi fokus terhadap kehidupan peribadinya memandangkan usianya kini sudah mencecah 30 tahun.

“Dulu saya lebih utamakan karier, jadi sekarang saya nak fokus 50/50 untuk kehidupan peribadi dan juga karier. Bagi saya, dalam usia 30 tahun, Alhamdulillah, saya sudah punya karier. Saya juga dah ada syarikat dan juga artis sendiri.

“Jadi, sekarang saya nak cari kenalan untuk mendekati saya. Saya seorang yang sukar dijangka, jadi mereka yang nak dekati saya kenalah seorang yang memahami. Tidak dinafikan, apa yang sukar ialah orang kat luar sana nak kenal saya sebab saya Alyah bukan kerana diri saya sendiri.

“Saya berdoa agar ada orang yang betul-betul telus dan boleh terima anak saya memandangkan selalu saya dengar orang nak pada saya saja dan bukan dengan anak saya,” ujarnya sambil berkongsi perancangan terhadap dua orang anak angkatnya itu.

“Saya dah bincang dengan kakak saya dan dah buat keputusan yang anak pertama saya, Mohd Alif, 5, akan diberi hak penjagaan 100% kepada kakak saya. Lagipun, Alif memang rapat dengannya. Manakala, saya 100% akan menjaga Naziatul Afiqah, 2,” ujar Alyah yang kini popular dengan lagu “Kisah Hati”. (Gua)

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Syarikat Alyah: Ladybird Artis Naungan 'Like Music Entertainment' By Mohd Rohaizad. Published: 17.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...