CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Teater 'Badai Semalam': Aaron Aziz Pelakon Utama (Esplanade)


Betul ke Aaron Aziz menjadi pelakon peneraju utama bagi teater 'Badai Semalam'? Pelakon kacak berasal dari Singapura, Aaron Aziz dijadikan umpan untuk teater Badai Semalam yang akan dipentaskan pada 11 hingga 20 November 2011 depan di Istana Budaya ini dibawa ke Singapura.

Menurut Ketua Pengarah Istana Budaya, Mohamed Juhari Shaarani, pihak Esplanade Singapura telah bertanyakan tentang teater tersebut untuk dipentaskan di sana.

"Ini kali pertama pihak Esplanade bertanya tentang teater untuk dipentaskan di negara itu. Jadi saya harap pemilihan Aaron sebagai pelakon utama dapat memancing khalayak di sana.

 Aaron Aziz & Erra Fazira Peneraju Teater Badai Semalam

"Saya percaya dia mampu memegang watak Karim dengan baik kerana ini merupakan teater keduanya selepas Natrah lalu," katanya ketika ditemui pada sidang media Badai Semalam, di Istana Budaya, Khamis.

Majlis tersebut turut diserikan dengan barisan pelakon-pelakon Badai Semalam iaitu Erra Fazira, Umie Aida, Fizz Fairuz dan Ziela Jalil.

Sementara itu, Aaron berkata teater ini adalah cabaran paling besar buat dirinya sepanjang bergelar pelakon.
"Secara jujurnya, saya sangat takut kerana ini kali pertama saya bawa watak utama dalam teater, ketika Natrah, saya hanya memegang watak kecil sahaja.

"Selain itu saya dapat rasakan tekanan apabila akan membawa dua nama negara iaitu Malaysia dan Singapura, sudah tentu jangkaan penonton lebih tinggi," katanya.

Dalam pada itu, Aaron menganggap dirinya belum bersedia untuk berhadapan cabaran sebagai pelakon teater itu kerana jadual kerja yang padat.

"Saya terlalu banyak komitmen terhadap drama dan telefilem, pada bulan November nanti pula saya ada penggambaran drama dengan TV3.

"Jadual memang padat, siang saya ke lokasi penggambaran manakala malam teater. Saya tidak dapat bayangkan keadaannya nanti," ujarnya.

Selain itu, dia mengakui banyak perkara yang bermain di fikirannya tentang teater itu.

"Saya sangat risau, sebab saya masih banyak kelemahan dalam lakonan jika dibandingkan dengan pelakon teater yang lain.

"Saya juga tidak pandai menyanyi dan menari seperti mana yang dimahukan pada setiap teater. Tapi Insya-Allah dengan kepercayaan yang diberi, saya akan cuba buat yang terbaik," katanya.

Badai Semalam karya Khadijah Hashim pernah menjadi buku teks pelajar aliran sastera di sekolah menengah bermula pada tahun 1968.

Erra Fazira, Aaron Aziz Teraju Utama Badai Semalam

Yakin Erra Fazira dengan Aaron Aziz mampu menjayakan watak Mazni dan Karim dengan sempurna, ia membuatkan pihak Istana Budaya tidak teragak-agak untuk memilih kedua-dua pelakon tersebut untuk membintangi teater Badai Semalam yang bakal dipentaskan di Panggung Sari pada 11 November hingga 20 November 2011 depan.


Malah, pihak Istana Budaya percaya penglibatan Erra Fazira dengan Aaron Aziz dalam pementasan teater yang diangkat daripada naskhah novel sastera itu akan mampu menarik khalayak penonton untuk datang memenuhkan panggung yang penuh berprestij itu.

Ketua Pengarah Istana Budaya, Mohd Juhari Shaarani atau lebih dikenali sebagai Abang jo berkata, pemilihan kedua-dua pelakon tersebut juga secara tidak langsung akan mencantikkan lagi perjalanan teater tersebut.

"Apabila IB mahu mementaskan teater ini, saya sudah membayangkan siapa yang sewajarnya memegang watak utamanya iaitu Mazni dan Karim. ia memang sangat sesuai dibawakan oleh Erra dan Aaron. Kedua-dua mereka mempunyai kelebihan dan kekuatan tersendiri.

"Malah, saya juga yakin dengan pemilihan tiga lagi artis dalam pementasan teater ini iaitu Umie Aida, Ziela Jalil dan Fizz Fairuz sebagai pelakon pebantu. Mereka akan dapat memperkuatkan lagi tarikan dalam pementasan teater tersebut," katanya ketika ditemui pada majlis sidang media memperkenalkan barisan pelakon utama teater Badai Semalam,yang diadakan di IB, semalam.

Merupakan produksi ulung Istana Budaya untuk tahun ini, Abang Joe berkata lagi, naskhah sastera karya Khadijah Ibrahim itu telah diadaptasikan kepada teater kerana ia mesejnya yang cukup kuat yang mana ia mengisahkan tentang perjuangan seorang wanita di zaman 70-an.

"Kisah Badai Semalam mempunyai mesej yang berguna tentang seorang wanita yang hidup di zaman 70-an yang mahu berjuang untuk mengenali serta mencari siapa dirinya. Ianya juga memaparkan kehebatan seorang wanita. Itulah antara sebab mengapa IB memilih naskhah tersebut," katanya yang menjanjikan teater tersebut pastinya akan menambat hati penonton kerana dihiasi dengan props dan tatarias pentas yang menarik.

Lebih menarik lagi, jelas Abang Joe, belum pun Badai Semalam dipentaskan, ia telah pun mendapat perhatian pihak seberang tambak yang mahu mementaskannya di Esplanade.

"Pihak Esplanade telah pun menyatakan minat mereka untuk membawa teater ini ke sana. Insya-Allah kalau ada rezeki mungkin teater ini akan ke sana nak menghiburkan masyarakat di sana pula," jelasnya yang mengharapkan agar kehadiran Aaron Aziz mampu memikat khalayak di sana untuk datang menyaksikan teater itu kelak.

Sementara itu, Erra Fazira berkata, watak Mazn yang baka dibawakannya itu adalah satu cabaran buat dirinya. Lebih-lebih lagi apabila naskhah sastera itu telah memberi impak yang cukup besar dalam kehidupan pencinta sastera dan novel.

"Satu peluang keemasan buat saya kerana karya Badai Semalam ini amat digemari ramai. Jadi, pastinya satu tugas yang berat perlu saya pegang untuk mrealisasikan Mazni. Saya juga perlu buat kajian mengenai watak ini agar ianya tidak akan mengecewakan peminat novel tersebut serta peminat teater secara keseluruhannya.

"Selain itu, saya amat teruja untuk terlibat dalam teater ini kerana saya berpeluang bekerjasama bersama dua rakan baik saya, Umie Aida dan Ziela Jalil," jelasnya lagi. -Murai

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Teater 'Badai Semalam': Aaron Aziz Pelakon Utama (Esplanade) By Mohd Rohaizad. Published: 20.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...