CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Tiga Bas Express Kemalangan Ipoh - Ramai Penumpang Cedera Muka


Terbaru kemalangan yang melibatkan berpuluh penumpang cedera selepas tiga bas ekpres dan sebuah kereta bertembung berhampiran susur keluar Simpang Pulai, dekat Ipoh.

Kemalangan berlaku selepas sebuah lori dari lorong kiri memasuki lorong kanan dan menghimpit bas yang dalam perjalanan dari arah sama.

 Gambar salah satu dari 3 bas ekspress yang kemalangan di Ipoh, Perak

Kemalangan berlaku kira-kira jam 1: 40 pagi tadi di Kilometer 282 Lebuh Raya Utara Selatan.

Ketika kemalangan, tiga bas dan sebuah kenderaan dalam perjalanan menuju selatan tanah air bertembung sesama sendiri.

Sebuah bas yang berada di lorong kanan lebuh raya terpaksa berhenti secara mengejut setelah dihimpit sebuah lori yang berada di lorong kiri.

Kebanyakan penumpang cedera di muka.

Polis Trafik Cawangan Daerah Ipoh dalam kenyataan berkata siasatan mengenai punca kemalangan ini masih dijalankan.
Gambar salah seorang mangsa kemalangan bas di Ipoh, Perak.

Manakala penumpang yang mengalami kecederaan serius di hantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk rawatan lanjut.

Sambungan: Sebuah Treler, 3 Bas Ekspress Berlanggar Susur Simpang Pulai, Ipoh.

“Saya terkejut apabila treler berkenaan tiba-tiba mencelah masuk ke hadapan laluan saya menyebabkan cuba mengelak sebelum dua bas di belakang berlanggar,” kata pemandu bas ekspres Sri Maju, Jamaluddin Azmi, 40-an.


Dalam kejadian jam 1.40 pagi semalam, 10 penumpang bas cedera apabila tiga bas ekspres dan sebuah kereta terbabit dalam kemalangan berhampiran Kilometer 282.5, Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran susur Simpang Pulai.

“Saya memandu bas di lorong kanan sebelum sebuah treler menghimpit ke laluan saya. Akibatnya saya menekan brek untuk mengelaknya.


“Pada masa sama, sebuah kereta Proton Persona di belakang bas saya turut membrek secara mengejut tetapi tak sempat menyebabkan dia merempuh bas saya,” katanya.

Menurutnya, sebuah lagi bas ekspres yang mengekori rapat di belakang kereta itu turut membrek bagi mengelakkan merempuh kereta itu.

“Malangnya sebuah lagi bas ekspres yang berada rapat di belakang bas kedua itu gagal mengelak sebelum merempuh bas di hadapannya,” katanya yang dalam perjalanan dari Alor Setar ke Johor Bahru.



Menurutnya, kemalangan itu menyebabkan 10 penumpang bas ekspres paling belakang cedera ringan dan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk rawatan.

“Treler yang menjadi punca kemalangan itu sempat melarikan diri. Saya bersyukur kerana kemalangan ini tidak menyebabkan kecederaan parah atau kematian,” katanya. Sementara itu, Ketua Bahagian Trafik dan Ketenteraman Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, Deputi Superintendan Mohd Rodzi Rejab berkata, hanya lima daripada 10 penumpang bas terbabit yang cedera dibawa ke HRPB untuk rawatan pesakit luar.


“Siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah bas Ekspres Sri Maju berhenti secara tiba-tiba selepas dihimpit sebuah treler yang memotongnya.

“Pada masa sama, sebuah kereta Proton Persona dipandu seorang lelaki turut berhenti kecemasan manakala sebuah lagi bas ekspres Intercity yang juga mengekori dari belakang turut berhenti tetapi dirempuh sebuah bas ekpres Maraliner yang mengekori dari belakang,” katanya.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Tiga Bas Express Kemalangan Ipoh - Ramai Penumpang Cedera Muka By Mohd Rohaizad. Published: 27.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...