CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Undang-Undang Pembelian Asid Perlu Dikaji Semula Kerajaan Malaysia


Berhubung dengan kes bersiri simbah curah asid yang semakin berleluasa. Undang-undang pembelian dan penyimpanan asid perlu dikaji semula oleh pihak kerajaan Malaysia berikutan bahan kimia itu kini dijadikan alat untuk melakukan jenayah.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, syarat itu perlu dikaji semula bagi memastikan orang awam selamat.


Kes bersiri: 23 wanita menjadi mangsa. Terbaru wanita disimbah cecair di Wangsa Maju 

Satu lagi perbuatan menyimbah cecair berlaku hari ini, kali ini mangsanya ialah seorang wanita berusia 30-an di Seksyen 10 Wangsa Maju, di sini.


Dalam kejadian pada pukul 8.45 pagi itu, wanita berkenaan berada di dalam sebuah kereta dan menurunkan cermin kenderaannya sebelum disimbah cecair oleh seorang penunggang motosikal.

Bekas Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah, yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Logistik PDRM berkuatkuasa Rabu lepas, berkata cecair itu tidak melecurkan kulit tetapi menyebabkan gatal.

"Polis masih menyiasat sama ada kejadian ini ada kaitan atau persamaan dengan kejadian simbah asid yang dilaporkan sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas pertandingan menembak antara media dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Pusat Latihan Polis di Jalan Semarak di sini, Jumaat.

Pertandingan menembak itu melibatkan 89 pengamal media dan kira-kira 50 pegawai dan anggota PDRM bertujuan merapatkan hubungan antara kedua-dua pihak.

Zulkifli berkata setakat ini terdapat 22 kes seumpama itu dan polis akan menyiasat sama ada ia dilakukan oleh individu yang sama atau tidak.

Beliau berkata walaupun gambaran suspek telah diperoleh, siasatan lebih terperinci masih dijalankan untuk menahan suspek yang sebenar.

"Setakat ini tiada tangkapan dibuat dan kami masih menganalisa kamera litar tertutup (CCTV) kerana kita mahu menahan orang yang benar-benar bersalah," katanya, sambil mengegaskan mereka yang melakukan perbuatan itu bakal berdepan dengan hukuman berat.

Dalam pada itu, Zulkifli berharap segala pelan strategik yang diatur sebelum ini bertujuan mengurangkan kadar jenayah di ibu kota, akan diteruskan.

"Kini tanggung jawab saya lebih besar kerana Jabatan Logistik merupakan sebuah jabatan yang penting dalam memastikan anggota polis dibekal dengan peralatan dan keperluan secukupnya yang boleh menjadikan PDRM lebih mantap," katanya.



Sambungan: Isu penjualan asid akan dibawa ke kabinet

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan membawa isu penjualan dan pembelian asid ke Kabinet secepat mungkin supaya undang-undang pembelian dan penjualan asid dapat diperketat.

Menteri berkenaan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata beliau juga akan mengutarakan kepada Kabinet supaya kes–kes keganasan terhadap kanak-kanak dan wanita diberi keutamaan dalam penyiasatan dan keutamaan untuk mensabitkan penjenayah terbabit.

Beliau berkata kementerian memberi perhatian serius terhadap kedua-dua isu itu selepas terlalu ramai wanita menjadi mangsa simbahan cecair dipercayai asid yang kini tertumpu di sekitar Lembah Klang.

Saya akan membawa isu ini ke Kabinet dalam masa terdekat memohon peraturan yang berkaitan aktiviti menyimpan dan menjual asid dikaji semula supaya orang awam tidak memiliki bahan ini dengan sewenang-wenangnya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Pokok Sena di Alor Setar hari ini.

Shahrizat berkata beliau juga telah berjumpa dengan pihak atasan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dua hari lepas meminta isu simbahan asid itu dan keganasan terhadap wanita dibendung sebaik mungkin.

Sehingga semalam sebanyak 22 kes jenayah menyimbah cecair terhadap wanita berlaku di sekitar Lembah Klang yang dipercayai dilakukan oleh dua lelaki berusia 20 dan 30-an yang menaiki motosikal.

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Pesakit Ichtyosis Kedah (Perkid) Mohd Firdaus Mehad menyerah memorandum berkaitan tuntutan kebajikan pesakit Ichtyosis, sejenis penyakit kulit, di seluruh Kedah kepada Shahrizat.

Firdaus berkata Perkid yang ditubuhkan dua bulan lepas dan mempunyai anggota seramai 25 orang memerlukan sokongan daripada kementerian tertentu supaya hal-hal kebajikan pesakit Ichtyosis diberi perhatian.

"Kebajikan yang kami perlukan ialah seperti ubat-ubatan, kewangan dan kaunseling bagi memastikan nasib pesakit seperti kami ini dibela dan kami mengharapkan masyarakat sedar dan tidak meminggirkan kami," katanya kepada pemberita. (Bernama)

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Undang-Undang Pembelian Asid Perlu Dikaji Semula Kerajaan Malaysia By Mohd Rohaizad. Published: 14.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...