CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

USM - PycnoSORB, Bahan Biopenjerap Hijau Kurangkan Pencemaran Air


 
Universiti Sains Malaysia (USM), sekumpulan para penyelidik yang diketuai pensyarah Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia, berjaya mencipta PycnoSORB iaitu sejenis bahan biopenjerap hijau, yang menggunakan kulat dan bahan buangan industri, untuk jerapan logam berat yang mampu mengurangkan pencemaran air seperti di sungai, laut dan sebagainya.

Pensyarah pusat itu, Prof Madya Dr Mashitah Mat Don Beliau berkata PycnoSORB dicipta untuk mengurangkan masalah pencemaran air dan mengawal pembuangan logam-logam berat ke sungai, laut dan sumber air.

Katanya ia bukan sahaja murah tetapi turut mempunyai tahap keberkesanan tinggi, poros, biorosot, menghasilkan enapcemar yang rendah, boleh dikitar semula, mesra alam dan berkebolehan untuk menyahjerapkan logam yang dijerap.

"Bahan ini berkeupayaan untuk menjerap logam berat daripada air sisa industri khususnya yang melibatkan industri yang air sisanya mengandungi logam berat seperti otomotif, bateri dan electroplating," katanya pada Rabu dalam sidang akhbar untuk memperkenalkan hasil ciptaan itu di sini.

Pycnosorb, yang boleh diguna semula sebanyak lima kali, memenangi beberapa anugerah antarabangsa antaranya anugerah emas di Pameran Reka Cipta Antarabangsa ke-39 di Geneva dan anugerah khas rekacipta terbaik di First Institute Inventors and Researchers di Iran.

Hasil ciptaan itu dimulakan sejak 1998 dengan geran jangka pendek USM dan geran insentif USM berjumlah RM40,000.

Mashitah berkata kos bagi penghasilan sekilo PycnoSORB hanya RM50 berbanding bahan penjerap biopolimer yang lain iaitu RM200, dengan sekilo PycnoSORB mampu menjerap sisa logam bagi lima liter air.

"Pycnosorb masih lagi di peringkat makmal dan sedang dalam usaha untuk dipatenkan. Diharap dalam tempoh lima tahun akan datang bahan ini dapat dikomersilkan dan digunakan industri.

Mashitah berkata kerja-kerja penyelidikannya dibantu oleh Prof Subhash Bhatia dan seorang penuntut peringkat doktor falsafah (PhD) iaitu Yus Azila Yahaya. (Bernama)

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

USM - PycnoSORB, Bahan Biopenjerap Hijau Kurangkan Pencemaran Air By Mohd Rohaizad. Published: 11.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...