CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Yusof Haslam Restu Syamsul & Liyana Jasmay Bercinta


Betul ke Datuk Yusof Haslam restu anaknya Syamsul bercinta dengan Liyana Jasmay? Pada majlis pratonton filem KL Gangster arahan Syamsul Yusof, keluarga dan kakitangan Skop Production membuat kejutan membawakan kek sempena ulang tahun yang ke 27 pengarah muda itu.

Ibunya, memberi ucapan ringkas mendoakan anak bujang hotnya itu segera bernikah. Agaknya sudah lama ibunya mengidam menyambut menantu. Apatah lagi Shamsul sudah beberapa kali putus cinta.

 Keluarga Datuk Haslam mahu Syamsul cepat kahwin.

Bila si isteri mendoakan demikian, bapa Syamsul, Datuk Yusof Haslam segera menyebut nama LJ (Liyana Jasmay) sebagai calonnya. Sekarang mereka sedang berkawan. Cara Datuk Yusof macam berkenan sangat kalau pelakon comel itulah yang menjadi pilihan Syamsul.

Sebelum masuk ke panggung, kami ada duduk-duduk berbual dengan Syamsul. Selepas mengucapkan selamat ulang tahun.. Kami tanya Syamsul, apa hadiah yang teman wanitanya beri sempena ulangtahunnya pada 21 Mei lalu?

Sebenarnya kami tahu ada kejutan ulang tahun sebab kami tiba di Cathay Cineplex, E-Curve serentak dengan Datuk Yusof. Krewnya membawakan sebiji kek untuk membuat kejutan kerana tak sempat meraikannya.

 Keluarga Syamsul Yusof terima Liyana Jasmay.

"Dia bagi minyak wangi dan dompet," kata Syamsul tanpa berselindung. Tak tahulah kami teman wanita mana yang memberikan hadiah itu.

Bila duduk berbual dengan Datuk Yusof, pula adalah juga teman-teman bertanyakan pasal jodoh Syamsul. kata Datuk Yusof, dia tidak kisah siapa sahaja pilihan Syamsul. Walaupun pada dasarnya mahukan anaknya memilih orang di luar bidang seni, tapi sekiranya artis yang jadi pilihan, dia tidak menolak.

Malah bunyinya macam suka sangat kalau Liyana yang menjadi pilihan. Apatah lagi melihatkan sifat penyayang dan mengambil berat Liyana terhadap anak terunanya itu.

"Dah dia dalam bidang ini, orang yang dia jumpa pun golongan orang seni juga, saya tak kisah siapa pun pilihan dia.

"Saya lagi suka kalau dia cepat kahwin, biar dia jadi orang lebih bertanggungjawab bila sudah ada keluarga sendiri," kata Datuk Yusof.

Sudah tonton filem KL Gangster? Tak rugi ke pawagam menonton filem itu. Filem KL Gangster memang best. Walaupun kisah aksi gangster, ada juga pasal kasih sayang keluarga, persahabatan jati dan cabaran bekas penjenayah kembali ke jalan benar. Paling best dialog Aaron Aziz kena cucuk dengan banduan 5 tahun.. Hehe.. Serupa Aaron Aziz kena liwat dengan banduan la pulak. :D

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Yusof Haslam Restu Syamsul & Liyana Jasmay Bercinta By Mohd Rohaizad. Published: 24.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...