CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Aaron Aziz Marah Nur Fathia Tidak Hormat Jalaluddin Hassan


Betul Ke Aaron Aziz Marah Nur Fathia Tidak Hormat Jalaluddin Hassan Di Lokasi Penggambaran Drama?

Kalau sebelum ini pelakon sensasi, Fasha Sandha ada meluahkan ketidak puasan hatinya terhadap seorang pelakon lelaki yang datang lewat sewaktu penggambaran, kini situasi begitu berlaku lagi.

Kali ini pelakon kacak, Aaron Aziz pula baru-baru ini menegur keras seorang pelakon baru, gosip mengatakan Nur Fathia yang tidak hadir ke set penggambaran sehingga menyebabkan pelakon senior lain seperti Datuk Jalaluddin Hassan yang menunggunya pulang begitu sahaja.

Meluahkannya menerusi laman sosial, Twitter miliknya, Aaron Aziz ternyata marah bercampur bengang dengan pelakon baru yang seakan tidak menghormati pelakon-pelakon lain pada ketika itu.

Bertanya sendiri pada empunya badan, jelas Aaron Aziz apa yang dilakukannya itu bukanlah berniat untuk memarahi sesiapa, tetapi apa yang cuba disampaian adalah sekadar teguran untuk pelakon-pelakon baru supaya lebih menghormati yang lain.

Gambar Aaron Aziz Seksi Hot
 Gambar Aaron Aziz Seksi Hot

"Saya hanya luahkan apa yang saya rasa, untuk menegur secara bersemuka dengan pelakon itu, mungkin ia sukar sebab kami sama-sama bekerjasama, jadi saya tegur menggunakan twitter dengan harapan dia membaca dan mengubah sikapnya itu.

"Saya tiada sewaktu kejadian berlaku, namun saya ada dengar beberapa cerita dilokasi tentang perangai pelakon itu, ramai yang kata dia tidak hadir ketika itu dan menyebabkan pelakon senior besar seperti Datuk Jalaluddin Hassan terpaksa menunggu lama dan akhirnya pulang begitu sahaja.

"Saya berniat untuk menegurnya, bukan untuk menghentamnya. Ini menjadi tanggungjawab saya untuk menegur rakan-rakan yang baru, jika mereka serius dalam industri ini," luah Aaron Aziz.

Gambar Aaron Aziz Marah Nur Fathia Di Twitter
 Gambar Aaron Aziz (Aaron535Aziz) Marah Tegur Pelakon Baru (Nur Fathia) Di Twitter

Ditanya sama ada, pelakon itu ada membaca tegurannya itu, jelas Aaron Aziz : "saya harap dia membacanya dan saya tidak pasti dia follow saya ataupun tidak di twitter," luahnya yang enggan memberitahu siapa pelakon baru itu.

Aaron Aziz sekarang ini sibuk dilokasi penggambaran Stanza Cinta bersama Fizz Fairuz dan Nur Fathia. Membawakan watak Irfan dalam drama ini, Aaron berharap peminatnya tidak mengharapkan watak Irfan ini seromantik Seth Tan dalam drama Nora Elena kerana ia menrupakan dua watak yang sama sekali berlainan.

"Seth Tan dalam Nora Elena memang sangat romantik, ia sangat berlainan dengan Irfan. Cerita Stanza Cinta sebenarnya lebih kepada islamik, jadi tidak banyak adegan romantik seperti mana yang dipaparkan dalam Nora Elena. Saya harap peminat memahaminya," jelas Aaron Aziz. -ManggaOnline.

Tengok Video Youtube Aaron Aziz Di OST Nora Elena (Lagu Berubah)








Apa Komen mohdrohaizad.co.cc - Penulis tidak pasti sama ada benar Nur Fathia yang dirujuk sebagai pelakon baru tersebut dalam twitter Aaron Aziz. Penulis berharap yang pelakon baru tersebut tolonglah menghormati pelakon lain, tambah-tambah pelakon vateran, janganlah biar mereka tunggu dan pulang begitu sahaja. Memang pelakon baru ini nak cari nahas, pastikan alasan munasabahlah kalau tidak boleh hadir.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Aaron Aziz Marah Nur Fathia Tidak Hormat Jalaluddin Hassan By Mohd Rohaizad. Published: 23.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...