CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Album Siti Nordiana - Semakin Jelas (Stesen Radio Tidak Berminat)


Betul Ke Album Terbaru Siti Nordiana - Semakin Jelas (Stesen Radio Tidak Berminat Lagu Nana)?

Selepas tiga bulan album terbaru Semakin Jelas berada dipasaran Malaysia, amat sukar untuk peminat-peminat Nana untuk mendengar lagu-lagu dari album tersebut di radio kerana lagu-lagu dendangan penyanyi Nana ini jarang diputarkan corong-corong radio.

Secara jujurnya, Siti Nordiana Alias kini berusia 27 tahun atau Nana mengakui keadaan itu mengecewakannya kerana album terbarunya itu adalah kesinambungan baginya untuk mencari rezeki bagi menyara kehidupan bersama anak tunggalnya, Muhammad Rayyan Nakhaie berumur 3 tahun.

Semangat Siti Nordiana Dalam Karier Seni

Bagi Nana, Rayyan adalah permata hatinya dan apa yang dilakukannya dalam karier seni ketika ini adalah untuk kebahagiaan anaknya itu.

Kata Nana, apabila albumnya dihantar ke stesen radio terutamanya stesen swasta, pelbagai alasan diberikan untuk tidak memutarkan lagu-lagunya.

Gambar Siti Nordiana Seksi

"Saya sendiri tidak tahu di manakah silapnya... sama ada atas nama saya (Nana) ataupun lagu. Bagi Nana, rentak lagu Tak Tahan misalnya, yang terdapat dalam album baru itu agak catchy.

"Tidak salah rasanya jika lagu ini dimainkan di radio. Apa salahnya bagi sokongan kepada artis-artis tanah air sendiri," ujar Nana nada kecewa.

Siti Nurdiana Harapkan Sokongan

Walaupun lagu Nana kurang ke udara, Nana pasrah untuk meneruskan langkahnya dalam bidang nyanyian.

Menjawab kepada soalan imej baru yang nampak lebih segar dan lebih muda, Nana mengakui selesa dengan transformasi yang dilakukan Nana itu.

Gambar Siti Nordiana Alias Bersama Anaknya Muhammad Rayyan Nakhaie

"Imej baru yang saya bawa ini adalah untuk kelihatan lebih segar dan saya harap peminat akan menerima perubahan baru ini," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran album MTV karaoke yang diadakan di Redbox The Gardens, baru-baru ini.

Menafikan sudah mencari pengganti hidupnya, pelantun lagu Benang Emas ini masih selesa bersendirian dan belum bersedia menerima kehadiran orang baru.

"Buat masa ini, saya ingin memberi sepenuh tumpuan kepada kerjaya seni,"kata Nana akhiri perbualan.


Komen mohdrohaizad.co.cc - Penulis lihat Siti Nordiana atau Nana tidak berputus asa dalam mempromosikan album terbarunya berjudul Semakin Jelas. Kepada stesen radio swasta yang tidak berminat dalam menyiarkan lagu Nana tu tolonglah bagi sedikit sokongan anda kepada Nana, ibu tunggal anak satu pun nak cari rezeki juga, jangan asyik pasang lagu luar negara sahaja ya.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Album Siti Nordiana - Semakin Jelas (Stesen Radio Tidak Berminat) By Mohd Rohaizad. Published: 22.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...