CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Ali Bekas Terra Rossa & Exist Serik Berkumpulan - Single Terbaru


Tahukah Anda Yang Ali Bekas Terra Rossa & Exist Serik Untuk Berkumpulan Serta Hasilkan Single Terbarunya? 

Adakah yang masih mengenaili dan merindui Ali? Si rocker balada yang pernah terkenal suatu ketika dahulu. Ali selepas keluar daripada kumpulan M'Pire tiga tahun lepas, bekas vokalis itu, Ali atau nama sebenarnya Mohd Ali Ismail berusia 42 tahun, membuat kemunculan semula dengan sebuah single terbaru, iaitu Sepi Rindu.

Ali yang juga bekas kumpulan Terra Rossa dan Exist itu berkata, lagu yang dicipta oleh Yuzair dan ditulis oleh Alzair itu sebagai langkah pertamanya untuk bergelar seorang penyanyi solo.

Ali Bekas Vokalis Terra Rossa & Exist

"Sudah lebih daripada 20 tahun saya terlibat dalam industri muzik tempatan dan pengalaman membuatkan saya agak serik dengan karenah orang apabila menjadi penyanyi berkumpulan.

Ali MPire Exist TerraRossa
 Gambar Ali atau Mohd Ali Ismail

"Justeru itu, Sepi Rindu adalah percubaan pertama saya dalam pasaran muzik tempatan dan jika ia mendapat sambutan, saya akan teruskan dengan penghasilan lagu-lagu baru pula," katanya.

Bagaimanapun, dengan kemunculan penyanyi-penyanyi baru yang semakin ramai, Ali tidak mengharapkan populariti seperti yang pernah diraihnya ketika bersama dengan Terra Rossa dan Exist sebelum ini.

Adakah Peminat Rindu Ali?

Cuma Ali mahu peminat-peminatnya tahu bahawa dia masih lagi wujud dalam dunia muzik dan akan terus menyanyi sehingga akhir hayat.

"Memanglah, tak mungkin bagi saya boleh rasa populariti seperti zaman kegemilangan saya bersama teman-teman kumpulan dahulu. Lagipun saya dah tua.

Ali Kumpulan MPire Exist TerraRoss
 Gambar Ali Bekas Kumpulan M'pire, Terra Rossa & Exist

"Bagaimanapun, kehadiran penyanyi-penyanyi muda sekarang ini membuatkan saya juga mahu belajar daripada mereka yang pasti mempunyai idea-idea segar," tuturnya yang kekal dengan imej muzik rock balada.

Dalam pada itu, Ali yang kini bernaung di bawah pengurusan Life Records itu turut bercadang untuk berduet menerusi sebuah lagu baru dengan mana-mana penyanyi yang sesuai.


P/s: Ali masih kekal dengan imej rocknya walaupun sudah berusia bagi zamannya. Ali yang merupakan bekas ahli Terra Rossa dan Exist sudah serik untuk bersama dengan band berkumpulan. Mungkinkah Ali tidak serasi bersama ahli-ahli yang lain? Adakah single terbarunya akan mendapat sambutan para peminat lagu rock? Sama-sama kita nantikan kebangkitan Ali.

~ Ali Bekas Terra Rossa & Exist Serik Berkumpulan - Single Terbaru ~

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Ali Bekas Terra Rossa & Exist Serik Berkumpulan - Single Terbaru By Mohd Rohaizad. Published: 15.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...