CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Almy Nadia Kongsi Tip Petua Kecantikan Secara Tradisional


Tahukah Anda Yang Almy Nadia Sedia Berkongsi Tip Petua Kecantikan Secara Tradisional Kepada Para Peminatnya?

Siapa yang tidak kenal Almy Nadia Aminuddin Shah (Almy Nadia), 24 tahun yang merupakan kekasih kepada pelakon Fizz Fairuz. Jika Almy Nadia ke mana-mana, pasti ada yang bertanya  kepadanya mengenai si buah hatinya itu.

Walaubagaimanapun, sejak akhir-akhir ini, kedua-duanya sibuk dengan komitmen masing-masing. Namun, mereka masih berhubungan seperti biasa walaupun masa tidak mengizinkan untuk selalu bertemu.

Malah kedua-duanya pernah dikatakan putus cinta gara-gara gosip teman lelakinya itu curang dengan wanita lain. Biarpun begitu, Almy Nadia tidak tahu bagaimana respons yang harus diberikan apabila terlalu ramai pihak yang bertanyakan tentang perkara tersebut.

“Saya elak terlalu banyak memberikan kenyataan tentang Fizz Fairuz kerana bimbang bercanggah dan ia boleh rungsingkan kepala saya,” kata Almy Nadia kepada wartawan di Menara Star, Petaling Jaya.

Lupakan dulu kisah cinta Almy Nadia yang mula popular menerusi drama Dunia Baru ini. Sebenarnya ada cerita menarik yang ingin dikongsi oleh Almy Nadia tentang tip cara penjagaan kecantikannya secara tradisional.

Cuba perhatikan kulit Almy Nadia, pasti ramai yang tertanya-tanya apakah produk kosmetik kecantikan yang digunakan oleh Almy Nadia si pelakon yang berasal dari Balik Pulau, Pulau Pinang dan dilahirkan di Tapah, Perak ini.

“Saya tidak menggunakan banyak produk kecantikan tetapi lebih gemar mengamalkan petua tradisional yang diturunkan oleh ibu saya, Roshiba Hashim, 42 tahun, sejak saya berusia 12 tahun.

Gambar Almy Nadia Kongsi Tip Petua Tradisional
 Gambar Almy Nadia Kongsi Tip Petua Tradisional Kecantikannya

“Mak saya berketurunan Jawa dan kami banyak mengamalkan petua tradisional seperti ulam-ulaman dan jamu manakala arwah opah saya seorang bidan.

“Saya sentiasa berpegang kepada nasihat mak yang sangat menitikberatkan tentang kecantikan dalaman wanita. Kalau boleh, dia mahu anak-anaknya mewarisi amalan ini kepada cucu dan cicitnya.

“Dia juga selalu memesan kepada saya agar mencari ilmu sehingga menutup mata. Katanya, kalau orang lain tidak tahu tentang ilmu itu, siapa yang akan amalkan nanti?” ujar Almy Nadia, pelakon filem Rasukan Ablasa dan Madu 4 ini. Ketika datang ke sesi fotografi baru-baru ini, Almy Nadia sempat membawa beberapa ramuan yang digunakan dalam kecantikan seperti kunyit, beras, limau kasturi, pegaga, serai wangi, daun bunga raya dan daun pandan.

Menurut Almy Nadia, dia lebih rela menelan sayuran yang pahit dan mengamalkan petua tradisional berbanding melakukan suntikan untuk kelihatan cantik kerana dia amat takut dengan jarum.

Almy Nadia Digelar ‘Nenek’ 

Disebabkan Almy Nadia suka mengamalkan petua tradisi lama ini, ada segelintir rakannya menggelarkan dirinya sebagai nenek.

Almy Nadia yang sudah lali dengan gelaran itu hanya mampu tersenyum dan tidak pernah putus semangat untuk terus mengamalkan petua-petua lama tinggalan nenek moyangnya.

“Apabila saya balik ke kampung, mesti mak akan bekalkan pelbagai jenis tumbuhan tradisional untuk saya bawa ke Kuala Lumpur,” ujar Almy Nadia..

Menurut Almy Nadia lagi pelbagai jenis ulam seperti, ulam raja, daun mengkudu, pucuk betik, jantung pisang dan gajus bagus untuk menyihatkan badan. Lebih-lebih lagi apabila dicicah dengan sambal belacan.

Tambah Almy Nadia, kalau menyediakan sambal belacan, masukkan sekali kulit limau kasturi kerana ia bagus untuk hilangkan bau badan. Bagaimanapun, Almy tidak makan petai dan jering walaupun dia tahu khasiatnya untuk mengelak penyakit darah tinggi dan kencing manis.

“Saya juga menggunakan kunyit dan beras yang dikisar bersama untuk membuat ‘scrub’ badan. Biasanya saya akan lakukan pada hari saya tiada penggambaran kerana badan saya akan menjadi kuning. Khasiatnya adalah melembutkan dan mencerahkan kulit.

Gambar Almy Nadia Seksi Hot
 Gambar Almy Nadia Seksi Hot

“Serai wangi dan pandan pula direbus untuk mandi. Lebih segar lagi jika air rebusan itu di rendam bersama bunga-bungaan. Saya akan bangun seawal pukul 6 pagi untuk merebus bahan-bahan itu.

“Selain itu, ibu kunyit bagus untuk melancarkan aliran darah haid. Jadi, saya akan makan semasa datang haid. Untuk lebih sedap, tumbuk ibu kunyit dengan gula batu dan tapis dengan air suam. Kemudian minum bersama madu.

“Daun bunga raya digunakan pada rambut. Kita juga boleh menggunakan santan pada rambut untuk melembut dan menyegarkan kepala. Limau purut juga mampu menghilangkan kelemumur. Caranya dengan menggosok limau purut pada kulit kepala dan perapkan dengan kain selama beberapa minit sebelum dibilas dengan air,” kata Almy Nadia.

Tambah Almy Nadia lagi untuk memutih dan membersihkan gigi, dia akan menggunakan arang India dengan mencalitkan arang itu pada kain dan gosok pada gigi.

Untuk menegangkan kulit muka pula, dia menggunakan buah tomato dan putih telur untuk disapu pada muka. Timun pula dipotong nipis dan diletakkan pada mata untuk menghilangkan kesan lingkaran hitam.

“Sementara kaki pula direndam dengan air panas suam bersama-sama garam dan perahan limau purut selama setengah jam untuk melegakan kesakitan pada kaki. Ikutkan semua ramuan itu kadangkala digunakan di spa. Jadi, kita tak perlu buang duit untuk ke spa kalau boleh lakukan di rumah,” cerita Almy Nadia yang baru selesai penggambaran program Ketuk Ketuk Ramadan dengan Sheila Rusly.

Almy Nadia Guna Khidmat Tukang Urut

Tambahnya lagi, setiap tiga bulan dia akan memanggil tukang urut tradisional wanita untuk melakukan refleksologi pada seluruh badannya.

Tidak cukup dengan amalan tersebut, dia turut mengamalkan Jamu Mak Dara untuk meningkatkan tenaga. Kata Almy Nadia, jika mengambil jamu, dia perlu pandai imbangkan badan dengan air masak kerana bimbang badannya menjadi panas.

Kata Almy Nadia, petua tersebut tidak diamalkan serentak dan dilakukan ketika dia mempunyai masa terluang. Namun begitu, sejak akhir-akhir ini dia sukar untuk seimbangkan rutin ini kerana terlalu sibuk dengan penggambaran.

Biarpun mengamalkan petua tradisional, Almy Nadia masih menggunakan produk kosmetik dan penjagaan diri. Tetapi dia tidak mengamalkan pemakanan suplemen vitamin.

Selain itu, dia mengelak daripada terlalu terdedah dengan penghawa dingin. Ini kerana, badan akan menjadi lemah akibat kekurangan air dalam badan. Jadi, Almy Nadia sangat mementingkan untuk meminum banyak air. Dia juga mengelak daripada minuman berais dan berkarbonat. -MStar.


Apa Komen mohdrohaizad.co.cc - Penulis harap tip petua kecantikan secara tradisional yang dikongsikan Almy Nadia akan memberikan manfaat kepada pembaca. Info-info yang diberikan oleh Almy Nadia memang berguna dan baik untuk kecantikan, malah turut bagus untuk kesihatan badan. Selamat mencuba.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Almy Nadia Kongsi Tip Petua Kecantikan Secara Tradisional By Mohd Rohaizad. Published: 27.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...