CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Amitabh Bachchan - Aishwarya Rai Hamil Mengandung


Betul Ke Amitabh Bachchan Sahkan Yang Aishwarya Rai Telah Hamil Mengandung?

Tahukah anda yang bekas Ratu Cantik Dunia (Miss World) yang juga pelakon Bollywood, Aishwarya Rai Bachchan dilaporkan mengandung.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh bapa mertuanya, Amitabh Bachchan dalam Twitter lewat semalam.

"Berita baik! Saya akan menjadi seorang datuk kerana Aishwarya Rai telah mengandung dan saya sangat gembira," tulisAmitabh Bachchan bintang veteran terkenal itu di laman sosial Twitternya.

Aishwarya Rai berumur 37 tahun, berkahwin dengan Abhishek Bachchan berusia 35 tahun, yang merupakan anak lelaki kepada pelakon veteran Amitabh Bachchan pada April 2007.

Gambar Aishwarya Rai Hamil Mengandung Anak
 Gambar Aishwarya Rai Seksi Hot Sebelum Hamil Mengandung

Ini adalah anak pertama pasangan pelakon itu dan pendedahan ini dibuat selepas media selama berminggu-minggu membuat spekulasi berhubung berat badan Aishwarya Rai yang dikatakan semakin meningkat.

Amitabh Bachchan dalam pada itu memberitahu dia mendapat respons yang banyak daripada pengikut twitternya mengenai berita itu dan telah menerima 2,843 ucapan tahniah hanya dalam tempoh setengah jam.

Amitabh Bachchan turut membuat pengesahan mengenai berita itu awal hari ini di dalam blognya, bigb.bigadda.com, sambil menyatakan mereka kini sangat bahagia dan gembira.

Bagaimanapun butiran mengenai tarikh jangkaan kelahiran bayi itu tidak dimaklumkan oleh Amitabh Bachchan. -Utusan.

Saksikan Video Youtube Koleksi Gambar Seksi Aishwarya Rai Hot







Apa Komen mohdrohaizad.co.cc - Kepada peminat-peminat hindustan terutamanya Aishwarya Rai yang seksi cun ini tentu gembira dengan berita Aishwarya Rai yang hamil mengandung seperti Amitabh Bachchan teruja untuk menjadi datuk. Generasi ketiga Bachchan akan muncul selepas ini walaupun anaknya Abhishek Bachchan tidak menyerlah seperti bapanya yang menjadi salah seorang lagenda perfileman hindustan.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Amitabh Bachchan - Aishwarya Rai Hamil Mengandung By Mohd Rohaizad. Published: 23.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...