CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Ana Raffali Bergaduh Sohaimi Mior Hasan (Penyanyi veteran)


Betul Ke Ana Raffali Bergaduh Sohaimi Mior Hasan (Penyanyi veteran)?

Penyanyi baru popular Ana Raffali menjelaskan tiada sebarang perselisihan faham atau pergaduhan diantara Ana Raffali dengan penyanyi veteran Sohaimi Mior Hasan seperti yang dilaporkan sebuah akhbar.

Jelas Ana Raffali, hubungannya dengan Sohaimi Mior Hasan masih seperti dahulu, malah mereka akan bekerjasama sekali lagi dalam menghasilkan single terbarunya berjudul Sayang Abah.

"Saya tidak pernah berselisihan faham atau bergaduh dengan uncle Sohaimi Mior Hasan seperti yang dituduh. Memang kami kadang-kadang tidak dapat menyanyikan lagu Kalau Berpacaran bersama kerana komitmen masing-masing, tapi tidak bermakna kami bermasam muka atau tidak profesional.

Gambar Ana Raffali Seksi Cun Gaya Gipsi
 Gambar Ana Raffali Seksi Cun Gaya Gipsi

"Kami akan bekerjasama untuk ‘single’ terbaru saya berjudul Sayang Abah yang akan berduet bersama Ramli Sarip," ujarnya ketika ditemui di Malam Universal & Showcase 2011, di sini, Selasa.

Dalam laporan sebuah akhbar mingguan menerusi ruangan gosip, Ahad lalu, Ana Raffali dikatakan bermasam muka atau bergaduh dengan pasangan duetnya, Sohaimi Mior Hassan apabila Ana Raffali dilihat sering menyanyi bersendirian tanpa penyanyi Sohaimi Mior Hassan.

Ana Raffali Dituduh Kacang Lupakan Kulit

Selain itu, Ana Raffali juga dituduh sebagai kacang lupakan kulit apabila membuat keputusan keluar dari syarikat rakaman milik Aidid Alfian, Indah Karya Sdn Bhd.

Ana Raffali juga dikatakan tidak selesa dengan imej berbaju kurung serta tidak pandai bermain gitar.

Jelas Ana Raffali lagi, dia tidak pernah keluar dari syarikat rakaman tersebut tetapi hanya pengurusan perjalanan kerjayanya sahaja diuruskan di bawah syarikat miliknya sendiri About The Letter A Sdn Bhd.

"Akar Karya masih menerbitkan lagu dan album saya. Saya hanya meringankan beban mereka dengan mengambil alih tugas Kak Zaza untuk menguruskan kerjaya saya sendiri.

"Bagaimanapun perkara itu bukan disebabkan perselisihan faham seperti yang dilaporkan akhbar tersebut.

"Segala keputusan yang dibuat selepas membuat perbincangan kedua-dua belah pihak, namun sehingga sekarang kami masih menerima nasihat dari pihak mereka," jelas Ana Raffali.

Ana Raffali Imej Berbaju Kurung

Berikutan imej berbaju kurung, kata Ana Raffali, ia adalah keputusan yang dibuat oleh dirinya sendiri dan bukan paksaan daripada mana-mana pihak.

"Saya dikenali di YouTube dengan imej tersebut dan abang Aidid hanya beri cadangan untuk teruskan imej berkenaan.

"Secara jujur saya selesa dengan imej itu, namun saya tidak kata saya memakainya 24 jam sehari. Jika di luar saya juga mengenakan pakaian yang bersesuaian dengan tempat dan keadaan, tapi tidaklah seksi seperti yang mereka dakwa," katanya yang kesal dengan tuduhan-tuduhan tersebut.

Tengok Video Youtube Online Ana Raffali feat Sohaimi Mior Hasan (Lagu Kalau Berpacaran)




Best kan lagu Kalau Berpacaran? Gabungan Ana Raffali dengan Sohaimi Mior Hasan.


Apa Komen mohdrohaizad.co.cc - Gosip mengenai Ana Raffali yang dikatakan bergaduh dengan penyanyi vateran Sohaimi Mior Hasan diharap tidaklah benar ya. Penulis minat lagu duet penyanyi ini, best dengan gabungan penyanyi lama dengan penyanyi baru. Tidak eloklah bermasam muka diantara Ana Raffali dan uncle Sohaimi Mior Hasan.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Ana Raffali Bergaduh Sohaimi Mior Hasan (Penyanyi veteran) By Mohd Rohaizad. Published: 23.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...