CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Anuar Zain Terima Anugerah Khas Oxford Centre for Leadership


Siapa sangka kan? Penyanyi Anuar Zain yang berumur 40 tahun dipilih menerima anugerah khas sempena pencapaiannya dalam bidang muzik dari Oxford Centre for Leadership (OXCEL) pada Majlis Anugerah Oxford di London pada 6 Jun 2011 ini.

Penyanyi yang kini sedang popular menerusi lagu Sedetik Lebih itu berkata, anugerah Khas itu diberikan selepas menilai kredibiliti Anuar kerana pencapaian yang mengagumkan sepanjang 28 tahun dalam bidang seni. 

"Saya menerima surat daripada OXCELl sebulan lalu dan secara jujurnya saya terkejut kerana ada pihak luar yang begitu prihatin terhadap sumbangan yang saya berikan sepanjang hampir tiga dekad dalam bidang seni.

"Mereka membuat penyelidikan mengenai kerjaya seni saya yang bermula sejak saya kecil sehinggalah sekarang.

Anuar Zain Terharu Orang Luar Menghargai Dirinya

"Walaupun tidak mempunyai pendidikan yang tinggi namun saya terharu kerana ada pihak yang mengiktiraf sumbangan saya. Saya menyifatkan anugerah ini adalah pengiktirafan paling tinggi yang pernah saya peroleh," katanya ketika ditemui pada majlis sidang media konsert Up, Close and Personal With Anuar Zain yang diadakan di Menara Kuala Lumpur, di sini petang tadi.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur, Zuraidah Mohd Said.

Kata Anuar lagi, beliau akan terbang ke London pada 5 Jun ini bersama pihak pengurusannya dan akan berada di sana selama dua hari bagi menghadiri acara rasmi yang sudah pun diatur oleh pihak OXCEL.

Sebelum ini penyanyi utama kumpulan KRU, Yusry Abdul Halim atau Yusry KRU pernah dipilih oleh OXCEL sebagai penerima menerima Anugerah Kreativityi Muda sewaktu Majlis Anugerah Oxford kali kedua, empat tahun lalu.
P/s: Disini kami para peminat ingin mengucapkan TAHNIAH! Pencapaian Anuar Zain begitu dihargai orang luar, orang kita bila nak bagi anugerah macam ini ya?

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Anuar Zain Terima Anugerah Khas Oxford Centre for Leadership By Mohd Rohaizad. Published: 2.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...