CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Apabila Mawi AF3 Sudah Tidak Laku - Masalah Kewangan


Betul Ke Apabila Mawi AF3 Sudah Tidak Laku, Masalah Kewangan Dihadapinya Kini?

Dahulu jika empat tahun lalu, Mawi AF3 dan Ikin dikhabarkan membeli sebuah rumah banglo bernilai RM 1juta di kawasan kelab golf Bandar Baru Bangi, kini sekali lagi cerita mengenai rumahnya itu diperkatakan.

Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, dikhabarkan sudah menjual rumah banglo miliknya itu kerana tidak mampu lagi menanggung kos penyelenggaran dan bayaran bulanan rumah tersebut. Mawi juga dikhabarkan mengalami masalah kewangan berikut kesuraman kariernya sekarang dan masalah album nya yang tidak laku dipasaran.

mawi af3 bersama ekin nafi masalah kewangan


Mawi AF3 Nafi Jual Banglo

Bertanya khabar yang melanda juara Akademi Fantasia Musim ketiga ini, Mawi AF3 menafikan bahawa rumah banglo miliknya itu sudah dijual.

"Setakat ini saya masih lagi tinggal di Bangi dan masih lagi belum membuat apa-apa transaksi penjualan keatas rumah itu.

"Saya tidak tahu mana datang cerita ini, tapi yang pasti saya tidak lagi berniat untuk menjual rumah itu,"jelas Mawi.

Di minta mengulas tentang perkara itu, Mawi menjelaskan bahawa dia masih lagi diundang untuk persembahan korporat dan masih menerima tawaran lakonan.

"Setakat ini masih ada rezeki untuk membuat persembahan terutamanya persembahan korporat. Dan baru-baru ini juga saya diundang untuk membuat persembahan untuk Pancaindera.

gambar mawi af3 nafi jual banglo


Mawi AF3 Mengakui Tidak Laku Seperti Dahulu

"Tak dinafikan album terbaru saya, Idola kurang mendapat sambutan dan saya sendiri tidak pasti apa masalahnya.

"Namun saya sedar, sekarang ini penjualan album memang kurang mendapat sambutan, dan bukan sahaja saya yang mengalami masalah seperti ini tetapi hampir keseluruhan penyanyi juga begitu,"jelasnya.

Bercerita tentang perkembangan terbarunya, jelas Mawi dia ada menerima dua tawaran lakonan, namun masih berada diperingkat perbincangan, manakala tentang single terbaru pula, Mawi enggan mendedahkannya terlebih dahulu kerana masih terlalu awal untuk diperkatakan.

P/s: Biasalah zaman kejatuhan, dahulu masa popular tidak ingat dunia. Disana Mawi, disini Mawi. Akhirnya, apabila Mawi AF3 tidak lagi laku seperti dahulu, maka khabar angin masalah kewangan mungkin bukan disengajakan untuk publisiti buat Mawi World ini. Penulis hanya berharap Mawi AF3 tidak berlaku sombong dan terus dekati para peminat setianya.


Apabila Mawi AF3 Sudah Tidak Laku - Masalah Kewangan Pun Melanda

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Apabila Mawi AF3 Sudah Tidak Laku - Masalah Kewangan By Mohd Rohaizad. Published: 7.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...