CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Aril AF7 Berlakon Filem Kerana Klip Video 'Pontianak'


Betul Ke Aril AF7 Berminat Berlakon Filem Kerana Klip Video 'Pontianak'?

Aril AF7 selepas berlakon beberapa buah drama, bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke 7 (AF7), Khairil Azam Pilus atau Aril AF7 berumur 26 tahun, menyatakan hasratnya untuk berlakon filem pula baru-baru ini.

Adik kepada penyanyi popular Izwan Pilus ini berkata, keinginan untuk berlakon filem mula dirasai sejak melakonkan watak lelaki lurus bendul dalam klip video lagu tema filem Tolong! Awek Aku Pontianak (TAAP) bertajuk Hanya, yang dinyanyikan oleh Aril sendiri.

Klip Video Aril AF7 Dalam Lagu Tema Filem Tolong! Awek Aku Pontianak

"Walaupun sekadar klip video biasa, menggalas watak seorang lelaki lurus bendul bukannya mudah kerana saya perlu melakonkan seperti watak utama dalam TAAT yang dibawakan oleh Zahiril Adzim. Itu membuatkan saya berkobar-kobar ingin terjun ke bidang perfileman.

"Lagipun, dah alang-alang saya berada dalam bidang seni, apa salahnya kalau saya kembangkan bakat dalam lakonan mahupun tarian," katanya selepas pelancaran lagu tema filem TAAP iaitu Hanya, di Red Box, Garden, Midvaley, di sini, Selasa.

Gambar Aril AF7
 Gambar Aril AF7 Macho

Tambah Aril, dia tidak kisah diberikan apa saja watak asalkan ia dapat mengasah bakat lakonannya.

"Saya mahu menjadi seorang pelakon profesional. Oleh itu, sudah pasti saya tidak memilih watak yang ditawarkan. Saya harap selepas ini ada penerbit yang sudi memberi ruang kepada saya dalam karya filem yang diterbitkan," ujarnya.

Sementara itu, bercerita mengenai klip video Hanya, penggambaran tersebut dirakam selama sehari di Teratak Angah, Kemensah, Ulu Klang, Selangor.

Aril AF7 Watak Lelaki Lurus Bendul

Dalam klip video tersebut, Aril membawakan watak lelaki lurus bendul yang berkenalan dengan Puntianak dan mula jatuh cinta dengan makhluk tersebut.

Pengarahnya, Shuhaimi Lua berkata, Aril berjaya membawakan karakter lurus bendul yang dilakonkan. Dia juga mempunyai potensi besar dalam bidang lakonan.

"Aril seorang artis yang sangat berdisiplin dalam kerjanya dan ia memudahkan kerja kami jadi lebih cepat.

Klip Video Lagu 'Hanya' Berada Di Semua RedBox

"Saya harap, klip video ini dapat diterima ramai dan bagi yang suka berkaraoke, ia sudah pun berada di semua premis RedBox di seluruh Malaysia," ujarnya.

Filem TAAP bakal ditayangkan di pawagam pada 7 Julai depan dengan menampilkan barisan pelakon popular seperti Zahiril, Sazzy Falak dan Nurul Wahab.

Tonton Video Klip Aril AF7 Lagu HANYA - Filem Tolong! Awek Aku Pontianak (TAAP)







 Klip Video Youtube Aril AF7 - Lagu HANYA

Lirik Lagu HANYA - Aril AF7

Pencipta dan Penulis Lirik : Nurzaidi Abdul Rahman

Kasih aku ingin,
Jadi bintang-bintang malam mu,
Temani kamu
Kasih aku ingin
Jadi separuh dari nafas mu
Dan jiwa mu


Bridge:
Dan aku relakan, kasihku untuk mu
Dan akus erahkan, hatiku untuk mu


Chorus:
Hanya ingin ada, dihatimu selalu
Hanya ingin aku, cinta mu yang Satu
Hanya ingin ada, disamping mu selalu,
Hanya ingin jadi, terbaik buat mu

Info Menarik Lagu HANYA, Tergendala Gara-Gara Mulut Celupar (Rakaman Tempat Berhantu)

Penggambaran klip video untuk lagu baru nyanyian naib juara Akademi Fantasia 7, Aril atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus berjudul “Hanya”, terpaksa ditangguhkan hampir enam jam gara-gara sebatang pokok tumbang secara tiba-tiba.

Penggambaran yang dilakukan di Teratak Angah, Kampung Kemensah, Hulu Klang, Selangor bermula jam 6.00petang itu tergendala ekoran pokok yang tumbang itu menghalang perjalanan beberapa krew ke tempat lokasi.

pokok tumbang lagu hanya
 Gambar Pokok Tumbang Di Tempat Keras Berhantu

“Sebelum kejadian berlaku, ada seorang krew cakap, tempat ini macam berhantu. Selang lima saat saja, tiba-tiba pokok sebesar dua pemeluk tumbang sehingga hampir kena peralatan lampu yang telah disiapkan.

Pokok Tumbang Hampir Mengenai Set Rakaman Video Muzik Lagu HANYA


“Apa yang peliknya, ketika kejadian hari tak hujan pun. Walau bagaimanapun, tuan punya tempat itu ada cakap kepada kami, tempat itu ‘keras’ sikit,” ujar Shuhaimi Lua selaku pengarah klip video tersebut.

Ekoran insiden tersebut, penggambaran klip video “Hanya” telah tergendala dari jam 8.00malam hingga 1.00pagi untuk kerja-kerja membantu mengalihkan pokok yang tumbang itu.

aril af7 rakaman lagu hanya
Gambar Aril AF7 Tunggu 6 Jam Sebelum Rakaman Lagu HANYA

Selain kejadian pokok tumbang, krew produksi juga terpaksa berhadapan dengan masalah bekalan elektrik terputus sehingga waktu penggambaran terpaksa berlanjutan sehingga jam 7.00pagi keesokannya.

Lagu “Hanya” nyanyian Aril ini diangkat sebagai lagu tema bagi filem terbaru keluaran Tayangan Unggul Sdn Bhd, “Tolong! Awek Aku Pontianak”. Ia merupakan lagu ciptaan sepenuhnya oleh Nurzaidi Rahman. Filem “Tolong! Awek Aku Pontianak” bakal ditayangkan di pawagam pada 7 Julai 2011.

P/s: Cayalah Aril AF7, video klip pun mantap dan kerana pontianak juga berjaya menarik kau berlakon filem. Hehehe..


Aril AF7 Berlakon Filem Kerana Klip Video 'Pontianak'

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Aril AF7 Berlakon Filem Kerana Klip Video 'Pontianak' By Mohd Rohaizad. Published: 8.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...