CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Awi Rafael &Shila Amzah Bercinta?


Betul Ke Penyanyi Awi Rafael & Shila Amzah Saling Bercinta?

Gosip percintaan artis penyanyi Awi Rafael berusia 25 tahun, menafikan dakwaan kononnya sedang menjalinkan hubungan cinta dengan penyanyi Shila Amzah anak ND Lala.

Sebaliknya penyanyi yang sedang popular dengan lagu Pulanglah itu selesa menganggap Shila sebagai teman rapatnya.

“Kami mula berkawan dan rapat sejak terlibat dengan persembahan I-Muzik yang akan disiarkan di Tvi pada Ahad ini.

“Apa yang saya boleh katakan, hubungan kami rapat ibarat teman tapi mesra. Hanya Allah yang mengetahui jika kami akan bercinta atau tidak,” katanya menjelaskan tentang hubungan cinta seperti yang dihebohkan sebelum ini.

Awi Rafael Nafi Sayang Shila Amzah

Awi tidak menafikan menyenangi Shila dan keluarganya kerana dia pernah berjumpa dan berbual dengan mereka.

Malah, dia juga selalu berhubung melalui telefon bimbit dengan gadis itu tetapi perbualan mereka tidak lebih daripada seorang kawan.

Shila Amzah Cun Seksi
 Gambar Cun Shila Amzah

“Saya akui selalu berhubungan dengan Shila. Saya kenal mak dan ayah dia dan menghormati mereka.

“Tetapi jangan salah faham dengan apa yang saya katakan ini kerana sekarang saya mahu fokuskan kepada muzik dahulu,” ujarnya.

Awi Rafael Hormati Bakat Shila Amzah

Mengenali Shila, pemuda berasal dari Pontian, Johor ini melihat gadis itu merupakan seorang yang berbakat besar dan menghormatinya.

Awi Rafael Bercinta
 Gambar Awi Rafael Nafi Bercinta Dengan Shila Amzah

“Kami gembira bersahabat dan sering bertukar-tukar idea dalam penulisan lirik. Ramai juga pihak yang bertanyakan tentang hubungan kami sebelum ini.

Awi Rafael Hanya Kawan Rapat Shila Amzah

“Apa yang saya boleh jawab, kami hanya teman rapat kerana baru mengenali antara satu sama lain,” katanya yang bakal muncul dengan single keduanya berjudul Bila Aku Jatuh Cinta.

Single pertamanya berjudul Pulanglah sedang meletup di corong radio tempatan dan menduduki antara carta popular di beberapa stesen radio.

P/s: Masakan pokok bergoyang sendiri kan? Agak-agak Awi Rafael dan Shila Amzah saling bercinta ke tak? Manalah tau kan, awal-awal menafikan untuk mengelakkan gosip dan dikejar wartawan. Apa-apapun kita tunggu gosip terbaru mereka nanti.

~ Awi Rafael & Shila Amzah Bercinta? ~

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Awi Rafael &Shila Amzah Bercinta? By Mohd Rohaizad. Published: 13.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...