CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Aznil Nawawi Selamatkan Mangsa Ah Long Bunuh Diri


Betul Ke Aznil Nawawi Selamatkan Mangsa Ah Long Dari Bunuh Diri?

Tahukah anda pengacara nombor satu negara, Aznil Nawawi berumur 48 tahun atau lebih dikenali sebagai Pak Nil telah berjaya menyelamatkan seorang pemuda yang mahu membunuh diri akibat diburu hutang Ah Long sejak 8 bulan lalu.

Semuanya berlaku, selepas pemuda berusia 28 tahun berkenaan mengirimkan pesanan terakhirnya melalui SMS kepada penyampai radio berkenaan menerusi program Merisik Khabar, Riuh Pagi di stesen radio Era FM, kelmarin.

SMS berkenaan dipercayai sebagai amanat terakhir lelaki berkenaan kerana buntu selepas ahli keluarga enggan membantunya menyelesaikan masalah hutang bernilai RM1,000 yang meningkat kepada RM5,000.

Aznil Nawawi Pujuk Mangsa Dari Bunuh Diri

Bagaimanapun, kehadiran SMS berkenaan telah mendapat perhatian Aznil Nawawi yang lantas menghubungi mangsa berkenaan sebelum memujuknya supaya tidak melakukan perbuatan terkutuk itu.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Pak Nil menerusi akhbar tabloid Harian Metro hari ini, Aznil atau Pak Nil berkata, lelaki itu mendakwa telah menyediakan racun dan ingin terjun dari bangunan kerana diburu Ah Long atas kegagalannya membayar RM5,000 mengikut masa yang telah ditetapkan.

Aznil Nawawi Mangsa Bunuh Diri
 Pak Nil Hero Berjaya Selamat Mangsa Bunuh Diri

Menyifatkan luahan rasa lelaki berkenaan sebagai benar-benar tulus, Aznil yang berhati mulia telah berjaya memujuk lelaki yang juga penganggur untuk mencari jalan penyelesaian dengan cara membuat laporan polis.

Namun menurut Aznil Nawawi , laporan berkenaan telah dihidu Ah Long yang terus menghubunginya selepas laporan polis dibuat.

Bagaimanapun, Aznil menasihatinya supaya datang ke stesen radio Era FM untuk berbincang dan dengan bantuan Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Micheal Chong sebagai perantaraan, barulah masalah itu diselesaikan.

Aznil Nawawi Sedekah RM1000 Kepada Mangsa Bunuh Diri

Mangsa membuat pinjaman sebanyak RM1,000 kepada Ah Long terbabit kira-kira lapan bulan lalu dan dipaksa membayar RM150 setiap hari dan jumlah bayaran semula, termasuk pokok serta bunga melebihi RM5,000.

Simpati dengan nasib mangsa yang kesempitan wang, Aznil telah memberikan RM1,000 kepada lelaki berkenaan untuk menyelesaikan masalah itu.

Kini, mangsa tidak akan diganggu lagi kumpulan Ah Long terbabit selain dapat menjalani kehidupan secara normal.

P/s: Well done Aznil Nawawi @ Pak Nil berjaya menyelamatkan mangsa dari bunuh diri, satu tindakan yang bijak selamat satu nyawa.


Aznil Nawawi Selamatkan Mangsa Ah Long Bunuh Diri

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Aznil Nawawi Selamatkan Mangsa Ah Long Bunuh Diri By Mohd Rohaizad. Published: 9.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...