CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Azwan Ali Digugurkan Jadi Pengacara Program Raya


Betul Ke Azwan Ali Digugurkan Jadi Pengacara Program Versi Khas Raya - Tiada Lama Tiada Baharu Satu-Satunya?

Kemunculan program realiti hiburan, Tiada Lama Tiada Baharu Satu-Satunya untuk versi khas raya disebut disebuah ruangan portal media.

Program Tiada Lama Tiada Baharu Satu-Satunya ini bakal menemukan semula ikon-ikon yang terlibat seperti Dato Jeffrydin, Datuk DJ Dave, Datuk David Arumugam, Uji Rashid, Hail Amir, Aishah, Noraniza Idris dan ramai lagi.

Didie Alias Solo Dalam Program Tiada Lama Tiada Baharu Satu-Satunya

Namun begitu, agak memeranjatkan apabila Azwan Ali dilaporkan tidak akan terlibat sebagai pengacara Tiada Lama Tiada Baharu Satu-Satunya. Sebaliknya, program Tiada Lama Tiada Baharu Satu-Satunya hanya akan dikendalikan oleh Didie Alias secara solo saja.

Ada juga sumber memberitahu bahawa nama Azwan Ali telah digugurkan atas kehendak pihak tertentu. Apa sebenarnya yang berlaku? Ikuti kenyataan Azwan Ali seperti mana yang diwawancara wartawan pagi tadi.

Gambar Azwan Ali Program Khas Raya
Gambar Azwan Ali Sensasi Digugurkan Dari Jadi Pengacara Program Raya

"Terima kasih di atas keprihatinan Murai kerana menjadi media pertama yang menghidu kes yang saya yakin bakal menjadi sensasi ini. Namun, hakikatnya, saya tidak dimaklumlan langsung hitam putihnya (tentang ketiadaannya dalam Tiada Lama Tiada Baharu Satu-Satunya Raya).

"Saya tahu berita penyingkiran saya ini melalui Didie alias sedangkan RTM telah mem-booking saya untuk Tiada Lama Tiada Baharu Satu-Satunya Raya ini sejak 2 bulan yang lepas. Malah, mereka juga telah mengesahkan jadual rakamannya dari 27 hingga 29 Jun 2011.

"Saya juga telah diminta menghantar email tentang segala idea dan butiran props untuk Tiada Lama Tiada Baharu Satu-Satunya Raya pada tempoh yang sama (2 bulan yang lepas). Andai, berita penyingkiran ini benar, itu adalah hak RTM," kata Azwan Ali nada sedih.

Azwan Ali Kecewa Konsep Budi Bahasa Amalan Kita 

Pun begitu, kata Azwan Ali, konsep budi bahasa amalan kita yang telah diagung-agungkan oleh Pak Menteri kita selama ini telah dipersia-siakan oleh kakitangan RTM.

"Saya amat malu. Kenapa saya harus terima berita tu daripada orang ketiga? Sedangkan sampai hari ini, tiada apa-apa panggilan daripada RTM yang saya terima.

"Namun begitu, saya seringkali diper-dajalkan oleh banyak pihak. Biarlah...Saya langsung tidak terkilan sebenarnya. Namun, saya yakin, beribu-eribu peminat setia saya pasti akan terkilan.

"Dan, tiada siapa yang dapat menafikan semua program yang punya sentuhan kreativiti saya di RTM seperti Rentak Juara, Hitz 1 SHH! Jeng Jeng Jeng dan Tiada Lama Tiada Baharu Satu-Satunya, terbukti telah berjaya menaikkan rating RTM.

"Bayangkan, Tiada Lama Tiada Baharu Satu-Satunya mencecah hampir setengah juta lebih penonton, hanya kerana kerenah dan idea-idea Azwan Ali. Jadi, terpulang kepada peminat-peminat setia RTM untuk menilai kes terbaru ini.

"Rezeki ada di mana-mana. Insya Allah...Hidup saya semakin dirahmati dan saya yakin setiap ujian-Nya akan ada hikmah yang lebih besar. Dan, saya juga bukan hendak propa, tetapi melalui twitter, facebook serta di mana-mana tempat yang memberi saya ruang untuk berinteraksi dengan orang, masyarakat terlalu merindui Azwan Ali," katanya lagi.

Mengenai perkembangan terbarunya pula, Azwan Ali berkata, dia kini sedang menyiapkan beberapa proposal untuk program-program hiburan yang terbaru.

"Saya hanya merancang. Tapi, apa yang saya rancang ini mungkin sampai sudahnya tidak akan menjadi kenyataan. Saya pasrah...," kata Azwan Ali mengakhiri temubual. -Murai.

Tengok Video Gambar Azwan Ali Gay Pondan Bersama Dengan Artis-Artis Lain Di Youtube






Apa Komen mohdrohaizad.co.cc - Berkenaan Azwan Ali yang digugurkan dari jadi pengacara program khas raya Tiada Lama Tiada Baharu Satu-Satunya ini, penulis turut simpati, kesian Azwan Ali yang telah lama terlibat dalam program hiburan RTM. Mungkinkah Aznil Nawawi atau Pak Nil akan tiba-tiba muncul berduet dengan Didie Alias dalam program raya Tiada Lama Tiada Baharu Satu-Satunya macam mana? Tentu akan naik lagi rating program tu kan? Hehehe..

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Azwan Ali Digugurkan Jadi Pengacara Program Raya By Mohd Rohaizad. Published: 24.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...