CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Band Geisha - Album Meraih Bintang


Tahukah Anda Band Geisha, Kumpulan Muzik Indonesia Telah Menerbit Album Meraih Bintang?

Nama Geisha bukan sekadar metafora tetapi grup yang berasal dari Pekan Baru, Indonesia ini tekad menjadikan lapangan terbang sebagai latar belakang kulit album Meraih Bintang.

Grup Geisha yang dianggotai oleh lima anak muda ini mempunyai visi dan impian tersendiri. Geisha mahu menjelajah negara demi negara melalui lapangan terbang bagi menyebarkan virus muzik Geisha!

"Kami keluar dengan album kedua yang bertajuk Meraih Bintang. Melalui album Meraih Bintang ini kami mahu mencapai bintang kerana perjalanan kami masih panjang. Album pertama sudah membawa kami ke Hong Kong dan kami berharap selepas ini kami dapat singgah di lapangan terbang antarabangsa negara lain pula," kata vokalis Geisha, Momo yang gembira kerana sudah mula bertapak di Malaysia.

Mendarat di lapangan terbang Malaysia pada Ahad lalu, kumpulan Geisha membawa buah tangan untuk peminat Malaysia. Album Meraih Bintang dipersembahkan sebagai bukti kesungguhan mereka dalam bermuzik luar negara.

Kisah Awal Band Geisha

"Kami bermula sebagai finalis festival muzik A Mild Wanted di Pekan Baru pada 2007. Melalui lima peringkat saringan dan akhirnya ke pertandingan akhir. Ini sebuah batu loncatan. Kami tidak menjadi juara tetapi dipanggil oleh syarikat rakaman untuk membuat album," ujar Roby mengenai grup Geisha yang berawal dengan nama Jingga dan berkonsepkan muzik alternatif progresif rock.

Diterima baik dengan album perdana, Anugerah Terindah, kini Meraih Bintang memberi pesan cinta buat khalayak terutamanya remaja yang baru berjinak-jinak dengan aura tersebut.

"Melalui album pertama, kami mendaki perlahan-lahan tetapi dapat bertahan lama. Lagu kami berada lama di carta dan kami juga mendapat anugerah Pendatang baharu Terbaik dan Band Terdahsyat di acara anugerah di Indonesia," ujar Roby yang merupakan penulis lagu untuk album kedua Geisha.

Gambar Band Geisha Album Meraih Bintang
 Gambar Band Geisha, Kumpulan Muzik Indonesia Meningkat Popular

Terlalu banyak grup yang tumbuh di Indonesia tetapi itu tidak membuahkan gundah buat grup Geisha yang terkenal dengan lagu Cinta dan Benci ini. Buat Geisha menjadi diri sendiri dan berdiri dengan muzik yang mereka percaya ada keteguhan prinsip untuk berjaya.

"Kami menjadi diri sendiri. Tidak mahu melatah dalam bermuzik. Kita suka muzik pop yang kami bawakan sekarang. Tetapi kami tidak menutup mata, telinga dan hati untuk terus belajar perkembangan muzik," ujar Momo yang percaya ciri khas atau karakter muzik tersendiri akan membuatkan sesebuah grup Geisha itu bertahan dalam arena muzik.

Menarik perhatian ramai juga apabila grup Geisha ini melancarkan album kedua mereka secara maya di Jakarta, Indonesia. Idea daripada grup kegemaran ramai U2 yang pernah menggunakan cara yang sama di California, Geisha menjadi artis pertama Indonesia yang menggunakan kaedah live streaming untuk pelancaran album Meraih Bintang.

Gambar Grup Geisha Album Meraih Bintang
Gambar Band Geisha dari kiri, Dhan (keyboard), Aan (drum), Momo (vokal), Roby (gitar) dan Nard (bass)

"Kalau cuma berada di satu tempat, kita tidak dapat mencapai semua peminat. Jadi kami gunakan format 'live streaming' untuk sampai kepada para peminat yang berada di Indonesia, Hong Kong, Malaysia, Thailand dan Australia.

"Respons sangat baik dan kami kebanjiran komen di laman sosial Twitter dan Facebook. Sesuatu yang baru buat para peminat kami. Malah mereka juga dapat melihat kami menjalani latihan di studio sehari sebelum pelancaran dengan format live streaming," ujar Momo Geisha.

Buat Geisha yang tampil dengan tujuh buah lagu di malam media Universal Music Malaysia pada selasa lalu, mereka sedang dalam melalui perjalanan yang panjang.

Menjejaki kaki ke Malaysia membuahkan harapan dan berharap dapat bertemu MyGeisha (nama panggilan peminat Geisha) di waktu-waktu mendatang dengan bukti bahawa muzik mereka mampu mendarat di negara-negara luar. -Kosmo.

Tengok Video Band Geisha - Lagu Cinta dan Benci (Album Meraih Bintang 2011)





Apa Komen mohdrohaizad.co.cc - Band Geisha telah mengeluarkan album kedua mereka yang bertajuk Meraih Bintang. Grup Geisha turut mempunyai peminat yang ramai di Malaysia sehingga dikenali sebagai MyGeisha. Namun, mampukah grup Geisha dari Indonesia ini mampu bertahan di Malaysia?

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Band Geisha - Album Meraih Bintang By Mohd Rohaizad. Published: 26.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...