CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Memuatkan ...

Band Korea, Taemin SHINee Buat Pembedahan Plastik


Betul Ke Band Korea, Taemin SHINee Telah Buat Pembedahan Plastik Hidung Mancung?

Setiap hari ramai artis Korea yang membuat operasi pembedahan plastik di hidung. Terkini, anggota SHINee yang paling muda iaitu Taemin berusia 17 tahun pula dilihat turut melakukan operasi pembedahan plastik dihidungnya.

Masakan tidaknya, dalam beberapa foto gambarnya yang terbaru, hidung Taemin dilihat sungguh berbeza. Hidung yang sebelum ini agak melengkung itu sudah mula nampak lurus dan lebih mancung.

Sebelumnya, rapper SHINee, Minho juga dilaporkan telah melakukan operasi pembedahan plastik hidung tahun 2009 lalu. Barangkali, dari situlah Taemin yang baru saja berusia 17 tahun itu mendapat keyakinan untuk melakukan operasi hidung.

Peminat SHINee Perasan Pembedahan Plastik Hidung Taemin

Apapun menurut kenyataan beberapa peminat Taemin di beberapa forum alam maya, Taemin dikatakan melakukan operasi hidung ini

Fans di beberapa forum mengagak Taemin melakukan operasi sekitar tanggal 22 Mei 2011 hingga 26 Mei 2011 yang lalu. Sebabnya, dalam masa tempoh itulah, dia dilihat tidak melakukan aktiviti bersama kumpulan SHINee.


Gambar Taemin SHINee Pembedahan Hidung Plastik
Gambar Taemin SHINee, Band Korea Popular

Banyak artis Korea yang diketahui melakukan operasi pembedahan plastik setelah foto gambar lama mereka mula bertebaran di alam maya. Hanya sedikit saja di antara mereka yang mengakuinya. Selebihnya pula tidak mahu mengakui langsung.

Antara yang membuat pengakuan adalah seperti Narsha dan Ga daripada Brown Eyed Girls. Mereka pernah menyatakan bahawa setelah melakukan beberapa operasi pemnedahan plastik di wajah, barulah mereka mulai mendapat banyak tawaran untuk tampil di acara televisyen.

Video Muzik Youtube Kumpulan SHINee Nyanyi Lagu Syaitan - LUCIFER





Juga aktor yang juga penyanyi dalam group MBLAQ, Lee Joon. Joon yang berperanan sebagai Rain muda dalam Ninja Assassin itu pernah mengalami kejadian patah hidung saat melakukan adegan yang berbentuk aksi. Tapi, setelah mendapatkan rawatan doktor, dia telah meminta agar hidungnya dimancungkan sedikit dari biasa. -Murai.


Komen mohdrohaizad.co.cc - Penulis pun terkejut jugalah, kebanyakan pelakon dan penyanyi Korea hidung mancung-mancung. Penulis jeles tengok drama Korea, pelakon-pelakon hero heroin selalu hidung mancung, kalau semulajadi tidak mengapalah kan? Tapi kalau plastik punya lagi best ke?  Peminat-peminat band Korea seperti Taemin SHINee mesti perasan dapat bezakan Taemin membuat pembedahan plastik di hidung atau tidak kan?

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Band Korea, Taemin SHINee Buat Pembedahan Plastik By Mohd Rohaizad. Published: 22.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...