CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Bella NTV7 - Kupas Isu Wanita, Keluarga & Gaya Hidup


 Anda Ingin Tahu Rancangan Bella NTV7 - Kupas Isu Wanita, Keluarga & Gaya Hidup?

Untuk rancangan Bella bagi siaran hari Ahad, Bella menampilkan Lisa Wong (Gambar) sebagai gabungan terbaru di samping tiga lagi pengacara tetap rancangan berkenaan iaitu, Daphne Iking, Deborah Henry dan Elaine Daly.

Kehadiran Lisa Wong sebagai pengacara bersama itu dilihat memberikan sinar baru kepada Bella dalam mengupas isu-isu berkaitan wanita, keluarga dan gaya hidup yang menjadi teras rancangan terbitan NTV7 itu.

Bella NTV7 Lisa Wong
Gambar Lisa Wong - Pengacara Baru Rancangan Bella Di NTV7

"Saya gembira dan teruja kerana diberi peluang bersama dalam Bella memandangkan saya sememangnya berminat dengan rancangan ini.

"Setelah bersama dengan Bella lebih kurang dua bulan bermula April lalu, saya semakin seronok dalam mengacara rancangan ini," jelas Lisa Wong ketika ditemui pada majlis sepetang bersama Bella yang dianjurkan oleh Bvlgari di Suria KLCC, baru-baru ini.

Lisa Wong berdarah kacukan campuran Sri Lanka dan Cina, apa yang membuatkannya tertarik dengan Bella adalah kandungan yang diketengahkan.

Baginya, Bella adalah landasan terbaik dalam usaha memberikan maklumat berguna kepada para wanita selain memangkin semangat untuk wanita terus bersedia menempuhi cabaran kehidupan.

"Saya sendiri sememangnya berminat dengan topik-topik berkaitan dengan gaya hidup. Itu membuatkan saya semakin teruja untuk bersama dalam Bella.

"Selain itu, Bella saya lihat sebagai satu rancangan yang membolehkan saya berkongsi minat dan maklumat dengan wanita-wanita lain di luar sana.

"Saya juga boleh memberikan panduan dan dorongan agar wanita lebih bersemangat untuk terus memajukan diri sekali gus menjadikan kehidupan ini lebih bermakna," jelasnya yang kini sudah 12 tahun terlibat dengan dunia penyiaran.

Selain itu katanya, apa yang cuba disampaikan melalui segmen yang dikendalikan melalui Bella adalah kupasan topik berkaitan gaya hidup.

"Saya cuba untuk mengupas isu-isu berkaitan dengan kehidupan kini dan saya cuba untuk bersama menaikkan semangat wanita dalam menghadapi cabaran kehidupan," kata personaliti berusia 34 tahun itu.


P/s: Rancangan Bella bagus untuk kupas tentang isu-isu yang berkaitan dengan wanita, keluarga dan gaya hidup. Lisa Wong ditampilkan sebagai pengacara baru menggantikan Shasha Saidin disebabkan ada masalah dalaman sebelum mengundur diri dari rancangan Bella.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Bella NTV7 - Kupas Isu Wanita, Keluarga & Gaya Hidup By Mohd Rohaizad. Published: 21.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...