CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Buku Biografi "Legasi Ahmad Nawab"


Tahukah Anda Yang Buku Biografi "Legasi Ahmad Nawab" Telah Diterbitkan Bagi Menghargai Jasa Beliau?

Siapa tidak kenal Ahmad Nawab yang sudah terlalu sinonim di industri muzik sejak zaman P.Ramlee lagi. Pembabitan seniman negara ini selama lebih 40 tahun dalam industri muzik tempatan, ternyata memberi sumbangan besar apabila dicatatkan dalam Malaysia Book of Records atas kejayaan beliau menggubah lebih 2,000 lagu.

Bagi menghargai jasa Datuk Dr. Ahmad Nawab, Buku Biografi 'Legasi Ahmad Nawab'  telah dilancarkan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim semalam, bersempena Majlis Penghargaan Industri Filem 2011 yang bertempat di Hotel One World, Bandar Utama.

Buku yang mengambil masa 10 tahun dalam proses penyiapanan itu menceritakan tentang perjalanan karier dan hidup seniman ini sejak kecil lagi sehingga berjaya menempah nama di persada seni tanah air.

Datuk Dr Ahmad Nawab Bangga Dengan Buku Biografi

 “Sudah tentulah saya rasa amat bangga dan gembira kerana terpilih menjadi salah seorang seniman yang diberi pengikhtirafan untuk dirakam perjuangan hidupnya di dalam bentuk penulisan.”

“Pengalaman yang saya tidak boleh lupa sampai sekarang, ketika itu umur saya lingkungan 20 tahun, saya tidak makan hampir 3 hari kerana tidak mempunyai duit. Tetapi, berkat minat yang mendalam dalam bidang muzik, saya teruskan perjuangan hingga sekarang.”

Legasi Ahmad Nawab
 Gambar Majlis Perlancaran Buku Biografi "Legasi Ahmad Nawab"

Berkat keizinan dari Datuk Seri Dr. Rais Yatim maka terbitnya naskhah yang sarat dengan informasi dan perjalanan anak seni ini. Malah, naskah itu juga turut memuatkan pengalaman artis-artis yang pernah bekerjasama bersama Datuk Ahmad Nawab termasuklah Jamal Abdillah, Ramlah Ram,Sanisah Hassan dan Khatijah Ibrahim.

“Harapan saya, semoga muzik lebih dimartabatkan. Kerana apa yang saya boleh lihat sekarang, banyak muzik dalam sesebuah lagu terkini banyak dirosakkan dan hilang keseniannya. Diharap dengan  kehadiran buku ini, menyedarkan masyarakat supaya lebih mencintai muzik.”

Di majlis tersebut, Datuk Dr. Ahmad Nawab sempat mempersembahkan hadirin dengan mengalunkan siulan saksofon popularnya.


P/s: Penulis mengenali Dr Ahmad Nawab yang menghambakan dirinya dalam industri seni sepanjang hayatnya. Buku biografi "Legasi Ahmad Nawab" merupakan cerita tentang perjalanan seni beliau yang penuh dengan cabaran sejak dari zaman P.Ramlee. Oleh itu, amat wajar beliau dihargai dengan sebegitu rupa. Terima kasih Datuk Dr Ahmad Nawab.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Buku Biografi "Legasi Ahmad Nawab" By Mohd Rohaizad. Published: 18.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...