CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Cara Untuk Kuruskan Badan Dengan Makan Buah-Buahan


Anda Ingin Tahu Cara Untuk Kuruskan Badan Dengan Makan Buah-Buahan?

Tentu anda tahu yang ramai di kalangan masyarakat Malaysia kini berhadapan dengan masalah berat badan berlebihan dan obesiti.

Sesetengah masyarakat pula membuat tafsiran salah tentang kegemukan ataupun masalah berat badan akibat lemak berlebihan.

Lemak sebenarnya diperlukan untuk ditukarkan kepada tenaga bagi memastikan anda kekal bertenaga untuk kerja seharian.

Sebagai contoh, seorang lelaki yang mempunyai berat 85 kilogram yang mempunyai 10 peratus lemak di dalam badan hanya memerlukan 7 peratus daripada jumlah lemak untuk ditukarkan kepada tenaga.

Lemak tersebut mempunyai berat sebanyak 5500 gram dan kalori sebanyak 49,500 kalori, di mana sembilan kalori per gram sudah pun mencukupi untuk berlari sejauh 100 batu.

Tidak Perlu Ikat Perut Untuk Kurus

“Seseorang yang mahu kurus tidak semestinya perlu mengikat perut semata-mata mahu membuang lemak dalam badan. Secara teorinya, semakin sedikit jumlah lemak dan karbohidrat yang diserap maka semakin kurang jumlah kalori yang perlu dibakar. Jika tubuh mempunyai kalori yang rendah bermakna tidak wujud peningkatan berat badan.

Malah, apabila wujudnya pengambilan kalori yang rendah, tubuh akan mula membakar simpanan lemak bagi memperoleh lebihan kalori yang diperlukan. Bermakna, seseorang itu akan mula turun berat badannya.

Lebih menarik, kesan sesuatu produk seperti Body B'utee keluaran Sun Fabulous akan lebih ketara apabila individu itu melakukan senaman,” jelas Pakar Runding Produk Perubatan dan Estetik Sun Fabulous, Dr. Aidil Azry Mokhtar.

Menurut Dr. Aidil, Body B’utee mengandungi lima bahan makanan yang diperlukan oleh badan.

Antaranya, strawberi yang mengawal kandungan gula dalam darah, sumber Vitamin C, membantu membanteras diabetis dan meningkatkan metabolisme badan.

Spirulina Kuruskan Badan
 Gambar Spirulina Mentah - Bekalkan Nutrisi Ketika Lapar

Selain itu, soya yang tinggi protein dapat mengawal selera makan manakala spirulina membekalkan nutrisi ketika lapar.

Dr Aidil menambah, produk penjagaan berat badan ini mengandungi enzim buah-buahan yang bertindak sebagai anti oksida dan memberikan tenaga. Tidak ketinggalan kandungan oat yang tinggi fiber mampu memberikan tenaga.

Berbeza dengan produk lain di pasaran, Body B’utee tidak menghalang para penggunanya untuk mengurangkan atau menggantikan pemakanan seharian mereka.

Ini kerana produk formulasi Jepun ini akan bertindak secara automatik mengurangkan selera makan dan membantu membakar lemak daripada dalam. Namun, pihak Sun Fabulous sentiasa menasihati pelanggan supaya mengambil pemakanan seimbang dan melakukan senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu untuk gaya hidup sihat.

“Bukan itu sahaja, keputusan ujian yang kami lakukan amat mengagumkan dan walaupun tubuh badan manusia mempunyai kadar metabolisme berlainan, Body B’utee dipercayai mampu membantu menurunkan berat badan anda, “ ujar Dr. Aidil.

Pengguna Body B'utee Lebih yakin

Dalam pada itu, testimoni Body B’utee, Budiman Hamid, 34 tidak menyangka dengan mengambil produk ini, dia berjaya menurunkan berat badan daripada 97.1 kilogram kepada 85 kilogram.

“Semuanya berlaku secara tidak sengaja kerana saya susah hendak mempercayai produk herba-herba kerana takut ada kesan sampingan. Sebelum berkahwin saya memang mempunyai berat badan yang seimbang tetapi faktor gaya hidup dan kesibukan bekerja, berat badan saya naik mendadak. Kebetulan saya jarang bersenam dan susah hendak membuang air besar,” ujarnya.

Suatu hari, seorang kawan Budiman mengajaknya ke syarikat Sun Fabulous untuk mencuba produk kesihatan yang baru.

Selepas mencubanya, dia merasakan perbezaan. Rasanya yang enak menarik perhatian Budiman mencubanya secara tetap sejak Februari lalu.

“Alhamdulillah, kesannya memuaskan kerana badan saya berasa lebih ringan dan perut saya tidak lagi keras. Kini saya lebih yakin kerana saya mampu mendapatkan tubuh badan yang diidamkan seperti remaja dahulu,” katanya yang mahu melindungi diri daripada penyakit kencing manis, darah tinggi dan ghaut.


P/s: Bagi penulis, cara untuk kuruskan badan tidaklah perlu modal atau duit yang besar cukup dengan keazaman dan amalan yang konsisten sahaja jika anda tekad untuk kelihatan langsing. Menurut kajian dari Jepun tentang produk Body B'utee yang menggunakan bahan semula jadi seperti buah-buahan memang mampu menguruskan badan anda jika diamal secara berterusan. Oleh itu, penulis sarankan anda praktikkan sendiri amalan diet makan buah-buahan secara berterusan bagi mengelakkan berlakunya kegemukan atau obesiti.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Cara Untuk Kuruskan Badan Dengan Makan Buah-Buahan By Mohd Rohaizad. Published: 20.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...