CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Ciptaan Motosikal Terbang Bakal Dijual Di Dunia


Tahukah Anda Ciptaan Motosikal Terbang Bakal Dijual Di Dunia?

Seorang bekas juruterbang helikopter, Chris Malloy telah berjaya mencipta sebuah motosikal terbang yang pertama di dunia di dalam garaj miliknya di sini, lapor sebuah akhbar semalam. Chris Malloy yang berumur 32 tahun berjaya mencipta motosikal seberat 270 kilogram itu dengan menggunakan bingkai udara carbon-fiber dan sebuah enjin kereta BMW.

Motosikal terbang itu yang mengambil masa selama dua setengah tahun untuk dicipta boleh diterbangkan pada ketinggian 3,048 meter dan mampu bergerak pada kelajuan 160.93 kilometer sejam. Satu tangki minyak petrol penuh akan membolehkan motosikal terbang itu bergerak sejauh 148.05 kilometer selama 45 minit manakala ia mungkin dijual pada harga lebih AS$71,809 (RM218,981) sebuah.

 Gambar Motosikal Terbang Pertama Di Dunia Diuji Penciptanya Chris Malloy

Chris Malloy enggan mendedahkan jumlah kos sebenar untuk menghasilkan motosikal itu tetapi dia menyatakan dia membelanja besar iaitu sebanyak AS$223.51 (RM681.03) seminggu.

Chris Malloy berkata lagi, prinsip asas motosikal terbang itu ialah dia bergerak sama seperti sebuah helikopter Chinook dan sebuah motosikal biasa. Setakat ini, tali diikat pada motosikal terbang itu dibuat semasa ujian dilakukan bagi mengelak ia terbang terlalu tinggi dan boleh membahayakan keselamatan kerana masih dalam prototype. - Agensi

Tengok Video Youtube Motosikal Terbang Pertama Di Dunia






Apa Komen mohdrohaizad.co.cc - Rekaan Chris Malloy menarik perhatian penulis. Adakah jalan-jalan raya kita ada dipenuhi dengan kenderaan jenis pada masa depan? Ciptaan motosikal terbang pertama di dunia ini bakal dijual tidak lama lagi jika berjaya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam automatif dunia. Walaubagaimanapun, penggunaan minyak petrol oleh motosikal terbang perlu dipelbagaikan kepada penggunaan tenaga yang lebih mesra alam.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Ciptaan Motosikal Terbang Bakal Dijual Di Dunia By Mohd Rohaizad. Published: 29.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...