CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

David Teo Tidak Layan PEKIDA Sebab Tiada Bukti


Batul Ke David Teo Tidak Akan Layan Permohonan PEKIDA Sebab Tiada Bukti?

Isu saman Pekida turun kepada permohonan maaf, namun penerbit filem Kongsi David Teo tidak mahu memberikan sebarang komen terhadap isu yang dibangkitkan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) kononnya filem itu dan Gangster terbitan Skop Production mencemarkan nama pertubuhan terbabit.

Kata David, pihaknya hanya berurusan dan melayan perkara tersebut jika ia melalui prosedur yang betul selain pihak berkenaan dapat membuktikan kesalahannya.

David Teo - Pekida Tiada Bukti Kod Kunci Rahsia

"Saya tidak mahu memberi sebarang ulasan kerana perkara tersebut tidak ada bukti sama ada ia betul atau sebaliknya melainkan.

“Saya hanya akan mempertimbangkan jika pihak Pekida memberi kami surat bertulis yang memohon agar kami perlu membuat permohonan maaf.

David Teo Tidak Akan Layan Permohonan Pekida

"Sekarang siapa juga boleh buat sidang media atau berkata apa juga, tapi selagi ia tidak melalui cara yang betul dan mempunyai hitam putih kami tidak akan melayan," katanya.


Tambah David, sepanjang pengalamannya menerbitkan lebih 59 buah filem, syarikatnya sentiasa menitikberatkan beberapa perkara yang boleh menimbulkan permasalahan atau menyinggung mana-mana pihak.

"Setiap filem yang kami terbitan akan mengambil kira beberapa aspek terutamanya apabila menyentuh sensitiviti masyarakat.

David Teo Isu Pekida
 Gambar David Teo - Pekida Tiada Bukti

"Untuk filem Kongsi, kami juga meminta nasihat dari pihak polis malah sebelum memulakan filem itu juga kami sudah memberitahu bahawa cerita tersebut tidak mempunyai sebarang kaitan dengan mana-mana pihak atau pertubuhan dan semua watak adalah rekaan semata-mata," ujarnya.

Bagaimanapun, kata David dia hanya akan mengambil tindakan selepas melakukan perbincangan dengan ahli lembaga pengarah MIG Production jika pertubuhan tersebut mengeluarkan kenyataan bertulis kepada mereka.

Yusof Haslam Enggan Mohon Maaf Pekida

Sementara itu, penerbit filem KL Gangster, Datuk Yusof Haslam dalam laporan sebuah akhbar semalam, enggan memohon maaf dan menganggap perkara tersebut sebagai sebuah ugutan.

Bagaimanapun, Yusof mahu kontroversi ini diselesaikan dengan cara yang baik dan melalui perbincangan kedua-dua belah pihak.

Dalam pada itu, Pengerusi Pekida Wilayah Persekutuan, Datuk Roslan Dahaman berkata jika kedua-dua penerbit enggan mengakui kesilapan dan memohon maaf dalam tempoh yang ditetapkan, mereka akan memanjangkan lagi perkara tersebut.

Kata Roslan, pihaknya mempunyai perancangan kedua jika kedua-dua penerbit filem itu berdegil untuk memohon maaf secara terbuka bagi membersihkan nama pertubuhan tersebut daripada dicop sebagai gengster.

"Kami tidak meminta banyak, hanya kata maaf secara terbuka dan akui kesilapan mereka yang menggunakan panggilan dan gelaran pertubuhan kami.

Roslan Dahaman Mohd Hussain Shafie Pekida
 Gambar Ayahanda Pekida - Roslan Dahaman danMohd Hussain Shafie

"Namun jika kedua-duanya tidak mahu melakukan perkara tersebut sehingga tempoh yang diberikan terpulang kepada mereka, tapi kami sudah ada “plan B” untuk kedua-dua penerbit tersebut," katanya.

Tambahnya, dia juga menyambut baik cadangan untuk bersemuka dengan kedua-dua penerbit tersebut untuk berbincang perkara berkenaan.

"Saya memang setuju jika mereka ingin berjumpa dan berbincang tapi saya mahu perjumpaan itu nanti turut dihadiri oleh wartawan.

Bersihkan Nama Imej Pekida

"Saya mahu mereka bersihkan nama Pekida dari persepsi yang mengatakan kami kumpulan gengster dengan meminta maaf sahaja bukan susah pun," katanya.

Kata Roslan lagi, selepas sidang media yang diadakan pada Jumaat lalu, pengarah filem KL Gangster, Syamsul Yusof ada menghubunginya dan meminta maaf secara peribadi.

"Syamsul ada menghubungi saya dan meminta maaf secara peribadi, saya tahu dia sedar dengan kesilapannya sebab dia adalah ahli Pekida. Begitu juga Farid Kamil yang juga ahli kami tapi kedua-dua pengarah tersebut tidak tahu dan tidak faham situasi ini," katanya.


P/s: Isu saman Pekida telah bertukar kepada permohonan maaf. David Teo dan Yusof Haslam tidak akan layan kehendak Pekida disebabkan tiada bukti bertulis dan menyatakan yang mereka menggunakan kod kunci rahsi Pekida. Macam-macam hal la korang ni..

~ David Teo Tidak Layan PEKIDA Sebab Tiada Bukti ~

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

David Teo Tidak Layan PEKIDA Sebab Tiada Bukti By Mohd Rohaizad. Published: 13.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...