CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Dayang Nurfaizah Keluar Album Sayang & Cinta


Tahukah Anda Yang Dayang Nurfaizah Telah Keluarkan Album Terbarunya Bertajuk Sayang & Cinta?

Di saat pada masa kini penyanyi lain hanya berani mengeluarkan single terbaru disebabkan pasaran Malaysia yang tidak mengizinkan, Dayang Nurfaizah sebaliknya tampil bersama album Sayang & Cinta buat para peminatnya.

Album yang memperuntukkan kos persendirian berjumlah RM100,000 itu dilihat sebagai tindakan berani Dayang Nurfaizah di saat trend muat turun lagu di laman sesawang menjadi pilihan rakyat di Malaysia berbanding daripada membeli sebuah album.

Apa pun, Dayang yakin dengan berbekalkan Sayang & Cinta yang mengandungi sebanyak 12 buah lagu, ia akan diterima peminatnya dan mampu memberi inspirasi kepada semua.

Album Sayang Cinta Dayang Nurfaizah
 Gambar Dayang Nurfaizah Dalam Album Sayang & Cinta

"Dayang harap peminat-peminat dapat menerima album ini dengan hati yang terbuka. Selama empat tahun tidak menghasilkan album, saya tampilkan album Sayang & Cinta yang lebih matang dan sempurna.

"Selama setahun menyiapkan album ini, saya juga belajar pelbagai proses menulis dan menghasilkan lagu. Saya juga banyak mengikut kata hati untuk menghasilkan album kelapan milik saya ini," katanya.

Kenapa Dayang Selalu Pilih Perkataan Sayang

Ditanya kenapa sering memilih perkataan sayang untuk judul albumnya, Dayang Nurfaizah memberitahu, sayang itu melambangkan rasa kasih sayangnya kepada peminat yang sentiasa menyokong kariernya selama ini.

Bercerita tentang album tersebut, kata Dayang Nurfaizah kesemuanya berkisarkan tentang lagu-lagu cinta yang mempunyai nilai positif.

Antara lagu dimuatkan adalah Sayang ciptaan Omar K lirik oleh Nuur Iman, Rahsia Cinta hasil nukilan Zain Almohdzar dan Nuur Iman, Sabarlah (Syed Zain Almohdzar/Omar K), Kau Bintang Ku (My Sunshine) (Stella Reid/Zuriani Zonneveld/Nuur Iman) dan lagu popular Freedom, Mulanya Di Sini yang diberi nafas baharu.

Dayang Nurfaizah Berduet Dengan Penyanyi Popular Indonesia Marcell dan Tompi

Sementara itu, album yang sudah berada di pasaran sejak sebulan lalu ini turut menampilkan beberapa komposer terkenal seperti Yasin, Afdlin Shauki, Omar K dan Audi Mok manakala dua lagu berjudul Sayang dan Perlukan Cinta menampilkan dua penyanyi Indonesia iaitu Marcell dan Tompi sebagai pasangan duetnya.-Kosmo.


P/s: Penulis lihat tindakan yang berani oleh Dayang Nurfaizah mengeluarkan album yang bertajuk Sayang & Cinta. Disaat artis Malaysia yang lain mengakui jualan album memang tidak laku disebabkan perkongsian fail dan mudah didownload lagu secara online di internet. Adakah Dayang Nurfaizah akan menggunakan internet sebagai platfrom buat peminatnya untuk membeli lagu mahupun album secara maya?

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Dayang Nurfaizah Keluar Album Sayang & Cinta By Mohd Rohaizad. Published: 20.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...