CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Deejay Nana Ke Hot FM Sebab Ada Masalah Radio XFM


Betul Ke DJ Nana Ke Hot FM Sebab Ada Masalah Dengan Radio XFM?

Gosip terbaru mengenai Dj Nana, bekas penyampai radio XFM, Nana Mahazan (gambar dibawah) yang berusia 28 tahun, menolak khabar angin bahawa dia mempunyai masalah dengan rangkaian radio Airtime Management & Programming (AMP) itu sehingga menerima tawaran menyertai stesen radio Hot FM.

Malah kata Nana, dia menerima tawaran yang diberikan oleh stesen radio hot FM tersebut kerana merasakan ia sesuai pada situasinya sekarang.

Deejay Nana Nafi Kecil Hati XFM

"Saya berhenti bukan kerana saya mempunyai masalah atau berkecil hati dengan XFM tapi memang sudah tiba masanya untuk berhenti dan memberi perhatian kepada keluarga.

"Kalau saya mempunyai masalah dengan XFM seperti mana yang diperkatakan, sudah lama rasanya saya berbuat demikian. Sebenarnya ini bukan kali pertama Hot FM tawarkan saya menyertai mereka," kata Nana.

Dj Nana Hot FM
 Gambar Deejay Nana Ke Stesen Radio Hot FM

Tambah Nana, keputusan untuk menyertai Hot FM dalam jangka masa terdekat ini dibuat selepas berbincang bersama suaminya, Mohd Raqeem Brian Abdullah.

Nana Berhenti Tumpu Keluarga

"Saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja secara sepenuh masa tetapi saya tidak kata saya terus berhenti kerja dan mahu jadi suri rumah.

"Saya masih mengambil kerja separuh masa. Saya juga bertanggungjawab untuk bantu suami dan menguruskan perbelanjaan keluarga kami. Jadi tawaran tersebut datang memang tepat pada masanya," katanya yang bakal memulakan tugas di Hot FM pada setiap hujung minggu bermula 25 Jun ini.

Dalam pada itu, dia tidak menolak jika suatu hari nanti bakal menjadi deejay sepenuh masa di stesen radio tersebut.

Nana Jadi Deejay Sepenuh Masa Bersama Hot FM

"Buat masa ini saya sendiri yang memilih untuk buat semua kerja-kerja secara freelance, sehingga saya rasa anak saya, Athea sudah besar dan faham.

"Namun begitu saya tidak menolak jika suatu hari nanti mungkin akan bekerja secara sepenuh masa di Hot FM. Tapi bukan dalam waktu terdekat ini," katanya yang sedang sibuk menguruskan perniagaan pakaian secara dalam talian yang diusahakan bersama penyampai Farah Fauzana. -MStar.


P/s: Deejay Nana akan ke stesen radio yang baru iaitu di Hot FM. Gosip yang didengar Nana ada masalah dengan bekas stesen radio XFM namun dinafikannya. Anda meminati Dj Nana? Jika ya, nantikan di corong radio Hot FM tidak lama lagi. Deejay Ucop Wilcha pun best juga di hot FM kan?

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Deejay Nana Ke Hot FM Sebab Ada Masalah Radio XFM By Mohd Rohaizad. Published: 17.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...