CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Memuatkan ...

Diana Danielle Kena Kanser Ketumbuhan Serviks


Betul Ke Diana Danielle Kena Barah Kanser Ketumbuhan Serviks?

Kalau dilihat dari segi bentuk luaran fizikalnya, tentu ramai yang tidak sangka si gadis yang berperwatakan lemah lembut ini baru sahaja berusia 19 tahun. Diana Danielle Danny Beeson atau nama seninya Diana Danielle sering disangka orang bahawa dirinya telah berumur 20-an.

Walaupun begitu walaupun penampilannya yang matang, ramai yang beranggapan dan melihat perangainya masih kebudak-budakan. Tetapi kini Diana Danielle dilihat semakin matang dalam  menguruskan penampilan dan juga semakin serius di dalam bidang seni yang diceburinya baik dalam lakonan mahupun nyanyian.

"Pengalaman banyak mengajar saya di mana kerjaya sebagai pelakon banyak membantu iaitu dengan memegang pelbagai watak. Dengan ini menghasilkan kematangan dalam diri saya," jawab Diana Danielle dengan penuh sopan dan diiringi dengan senyuman yang manis.

Penglibatan diri dalam industri seni telah mengajar Diana Danielle bagaimana untuk bergaul dan belajar mengawal emosi kebudak-budakannya.

Walaupun, Diana Danielle sudah sebati ditengok sebagai seorang wanita berusia, tentu ramai yang tidak menyedari yang dirinya masih lagi remaja kerana apabila melihat Diana Danielle melompat atau sebagainya, mereka menganggap Diana Danielle gedik.

Keadaan sekeliling dianggap proses pembelajaran yang akan mematangkan karier seninya dan diri Diana Danielle sendiri juga.

Diana Danielle Kena Kanser Ketumbuhan Serviks

Semasa menghadiri sidang media Fun Run & Charity Carnival yang telah diadakan di Teeq Brasserie, Kuala Lumpur baru-baru ini yang bertujuan untuk mengumpul dana bagi pesakit kanser di negara ini, Diana Danielle sempat bercerita mengenai pengalamannya yang hampir dijangkiti kanser.

"Saya hampir terkena kanser namun saya dapat kesan ketumbuhan tersebut awal. Mama juga pernah dijangkiti kanser jadi ia dekat dengan diri saya.

"Kerana kesedaran inilah saya faham dengan apa yang dilalui pesakit kanser. Saya juga pada mulanya tidak tahu langsung yang di bahagian serviks saya telah mengalami ketumbuhan yang agak teruk dan hampir menjadi kanser. Tetapi saya syukur kerana saya kini telah dikurniakan kesihatan yang baik," cerita Diana Danielle tentang pengalamannya itu.

Pada mulanya Diana Danielle mendapat tahu dirinya telah mempunyai ketumbuhan semasa menemani ibunya yang mana pada ketika itu kurang sihat. Diana Danielle dan ibunya yang pergi menemui seorang doktor yang merawat menggunakan herba tradisional Cina telah ditawarkan untuk turut memeriksa kesihatan badannya.

Diana Danielle Kena Kanser Serviks @ www.mohdrohaizad.co.cc
Gambar Diana Danielle Kena Kanser Ketumbuhan Serviks

Sambung Diana Danielle lagi, setelah memeriksa, dia didapati tidak sihat di bahagian separuh ke bawah. Untuk memastikannya, dia dicadangkan untuk ke hospital bagi membuat pemeriksaan lanjut.

"Setelah membuat pemeriksaan di hospital, memang benar saya disahkan mempunyai ketumbuhan di bahagian serviks saya. Oleh kerana saya tidak mahu tinggal di wad, saya menjalani rawatan di pusat rawatan tradisional Cina tersebut," bicara Diana Danielle yang mana setelah sebulan menjalani rawatan di Pusat Rawatan Chi, akhirnya ketumbuhan serviksnya telah hilang.

Apa yang terjadi padanya memberi kesedaran untuk lebih menjaga kesihatan diri kerana pendapatnya, kos perubatan yang tinggi bagi pesakit kanser tidak dapat ditanggung oleh semua.

Nasihat gadis berdarah kacukan Melayu dan Amerika Syarikat ini, apapun sakit yang melanda diri, jangan dipandang remeh kerana apa yang dilihatnya, mentaliti masyarakat kini takut untuk membuat pemeriksaan kerana risaukan kehadiran penyakit yang serius 'menghuni' diri.

"Jangan biarkan penyakit kanser tersebut melarat baru mahu berubat. Seperti kata pepatah, merawat lebih baik daripada mengubati. Itu yang saya pelajari dan sentiasa pegang dalam diri," jelas Diana Danielle yang juga mengatakan mungkin ramai yang malu dan takut berbicara menyebabkan mereka sudah terlambat.

Percintaan Diana Danielle Bersama Farid Kamil Berakhir Dengan Perkahwinan 

Kisah cinta antara Diana Danielle dan pelakon serta pengarah, Farid Kamil yang bertaut cinta kembali bukanlah lagi satu rahsia kepada peminat industri seni tanah air.

Dikatakan punca perpisahan mereka sebelum ini kerana perangai Diana Danielle yang kurang matang dan kebudak-budakan sangat membuatkan Farid Kamil kecewa. Setelah beberapa lama sepi dengan kisah perpisahan tersebut, kini Diana Danielle dan Farid Kamil kembali bermadu kasih sebagai pasangan kekasih sekali lagi.

Semasa berpisah dulu, kedua-duanya matang dalam menangani perpisahan dan masih lagi berkawan dan saling menghubungi.

"Sebenarnya setiap orang tidak akan lari dari melakukan kesilapan yang mana akhirnya kita sendiri akan menyedari kesilapan yang telah dilakukan.

"Kadangkala, kita juga akan sedar yang mana mungkin sesetengah perkara masih punyai harapan dan kita juga masih lagi boleh mengharap mengenainya," jelas Diana Danielle mengenai perhubungan terkininya bersama Farid Kamil.

Diana Danielle Seksi Cun @ www.mohdrohaizad.co.cc
 Gambar Diana Danielle Seksi Cun

Diakui hubungan mereka serius sebagai kekasih kali ini namun mungkin belum ke tahap ke alam perkahwinan memandangkan umur masih muda dan banyak lagi yang perlu dikecapi dalam hidup ini.

"Kami ada bercakap mengenainya (perkahwinan) dan memang kami berada dalam sebuah perhubungan yang serius. Tapi, mungkin belum lagi sampai ke tahap yang lebih dari perhubungan yang ada kini. Saya baru 19 tahun, mungkin jauh lagi masa saya, saya perlu belajar dan sebagainya," bicara Diana Danielle jujur tentang fasa perhubungan percintaannya bersama penggarap filem Kongsi itu.

Buat masa ini, kedua-duanya masih belum mempunyai rancangan serius bagi mengambil keputusan bagi mendirikan rumahtangga dan mereka juga saling tidak mengongkong antara satu sama lain.

Ini kerana, Diana Danielle mempunyai perancangan buat dirinya bagi menyambung penggajian ke luar negara, namun disebabkan kontrak yang masih wujud bersama Nano White dan Sunsilk, Diana Danielle menangguhkan sementara perancangannya untuk menimba ilmu di perantauan.


P/s: Syukur Diana Danielle yang terkena kanser ketumbuhan serviks sudah sembuh. Namun, kena berjaga-jaga juga untuk memastikan barah serviks itu tidak tumbuh kembali. Semoga hubungan Farid Kamil dan Diana Danielle yang kembali cinta bertaut akan terus berkekalan.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Diana Danielle Kena Kanser Ketumbuhan Serviks By Mohd Rohaizad. Published: 21.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...