CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Dira Abu Zahar & Helmi Yusof Kahwin 11.11.11? (Hos Melodi)


Betul Ke Dira Abu Zahar & Helmi Yusof Kahwin 11.11.11? (Hos Melodi)

Hos Melodi, Dira Abu Zahar berumur 27 tahun, mengesahkan yang dia bakal menamatkan status ibu tunggalnya bersama tunangnya, pengarah fotografi, Mohd. Helmi Mohd. Yusof berumur 33 tahun, pada 11 November 2011 ini.

Malah, pelakon dan pengacara, Dira Abu Zahar akui dia kini sudah mula melakukan beberapa persiapan sebelum menjelang hari bahagianya bersama pilihan hatinya itu.

 Dira Abu Zahar & Helmi Yusof Sepakat Nikah 11.11.11

"Alhamduliah kami sudah pun sepakat memilih tarikh 11.11.11 untuk disatukan. Insya Allah kami akan melangsungkan pernikahan kami di rumah keluarga saya yang terletak di Merlimau, Melaka.

"Kami akan melangsungkan pernikahan pada malam hari tersebut dan jika tiada ada aral melintang kami akan mengadakan majlis resepsi pula pada 13 November 2011 (Ahad) di Kuala Lumpur.

"Setakat ini kami baru buat sedikit persiapan dan tak mahu tertekan dengan majlis kami. Kami hanya lakukan apa yang termampu dahulu kerana takut nanti rushing di saat-saat akhir majlis pula," jelas Dira Abu Zahar.

Tambah ibu kepada Tengku Anggun Deandra Tengku Shafiz-Rullah berumur 3 tahun, ini lagi dia bersyukur kerana hubungannya dengan Helmi yang juga bekas tunang aktres jelita, Nasha Aziz itu bertambah serasi. Lebih-lebih lagi, apabila hubungan mereka sudah pun mendapat restu daripada keluarga kedua-dua belah pihak.

Gambar Dira Abu Zahar Kahwin Helmi Yusof
 Gambar Dira Abu Zahar Cun

"Saya bersyukur sangat bila ibu bapa Helmi sangat menerima baik kehadiran saya. Mereka sangat berfikiran terbuka walaupun saya hanyalah seorang ibu tunggal dan bakal berkahwin dengan anaknya yang memang berstatus bujang.

"Itu sudah cukup menjadikan hubungan kami semakin serasi. Bukan itu sahaja, anak saya dan Helmi pun saya nampak juga sudah mula selesa bersama. Ini membuatkan hati saya bertambah senang.

"Yelah, saya kan datang dengan 'pakej'. Bagi saya, sesiapa yang mahu menerima saya mesti boleh menerima bersama anak saya," kata bekas isteri kepada Tengku Shafiz-Rullah As Syafie Tengku Mohd. Shahidd atau lebih dikenali sebagai Ash.

Kisah Perkenalan Percintaan Dira Abu Zahar & Helmi Yusof 

Dira bagaimanapun mula mengenali Mohd Helmi sejak setahun lalu. Kali pertama mereka bekerjasama ketika Dira terbabit dalam telefilem SMS (Salah Mesej Suami) terbitan Vision Work. Hubungan mereka bagaimanapun mula rapat ketika masing-masing terbabit dalam produksi filem Untuk Tiga Hari arahan Afdlin Shauki.

Setelah tiga bulan menjalinkan hubungan cinta, mereka kemudian mengambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan pada 15 Februari 2011 lalu di rumah keluarga Dira di Merlimau Melaka.

Selain menggalas tugas sebagai hos Melodi dan baru-baru ini menjadi pengarah muzik video Andi A. Merican yang berjudul Solo, Dira juga sedang giat mengusahakan sebuah Restoran Ibu Jah milik keluarganya juga bersama tunangnya yang terletak di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi.

P/s: Penulis dan para peminat rancangan MELODI ingin mengucapkan TAHNIAH kepada pasangan tunang  Dira Abu Zahar & Helmi Yusof yang bakal berkahwin tidak lama lagi. Semoga Dira Abu Zahar & Helmi Yusof yang ingin menuju ke arah kebahagiaan sepanjang hanyat itu tercapai ya..


Dira Abu Zahar & Helmi Yusof Kahwin 11.11.11? (Hos Melodi) @ mohdrohaizad.co.cc

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Dira Abu Zahar & Helmi Yusof Kahwin 11.11.11? (Hos Melodi) By Mohd Rohaizad. Published: 8.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...