CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

DJ Dave Anjur Aktiviti Amal Anak Yatim & Ibu Tunggal


Tahukah Anda DJ Dave Anjur Aktiviti Amal Anak Yatim & Ibu Tunggal?

DJ Dave tidak dapat dinafikan lagi bahawa dalam kehidupan sebagai seorang selebriti artis sememangnya sangat menyibukkan dan padat dengan jadual kerja yang tidak menentu tidak kira siang mahupun malam serta termasuk pada waktu hujung minggu pun bekerja.

Walaupun begitu, ia langsung tidak menjadi satu halangan yang besar kepada sebilangan daripada artis Malaysia untuk terbabit dengan aktiviti amal terutamanya dalam usaha untuk membantu golongan yang memerlukan iaitu contohnya bantuan kepada anak yatim dan ibu tunggal.

Salah seorang artis Malaysia yang dimaksudkan adalah Datuk Irwan Shah Abdullah atau lebih dikenali ramai sebagai DJ Dave, seorang penyanyi serta penghibur terkenal tanah air yang cukup popular sekitar tahun 1970-an sehinggalah sekarang.

Apa yang menariknya, DJ Dave yang turut dikenali sebagai artis pertama Malaysia yang menerbitkan album Hindi pada tahun 2005 dan telah menjadikan aktiviti amal yang dianjurkannya sebagai acara tradisi tahunan terutama pada sambutan ulang tahun kelahiran DJ Dave.



Gambar DJ Dave Aktiviti Amal Anak Yatim dan Ibu Tunggal
 Gambar DJ Dave atau Datuk Irwan Shah Abdullah Ketika Aktiviti Amal Bersama Anak Yatim dan Ibu Tunggal Di Kota Kinabalu, Sabah Pada Tahun 2010 Sempena Hari Kelahirannya.

Pada tahun 2010 lalu contohnya, penyanyi DJ Dave ini telah mencipta kelainan dalam meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-62 dengan menerbangkan 20 orang tetamu yang terdiri daripada anak-anak yatim dan ibu tunggal menaiki helikopter mengelilingi sekitar Kota Kinabalu, Sabah.

Menurut DJ Dave, walaupun jadual hariannya sering padat dengan pelbagai urusan kerja seperti menguruskan perniagaan dan membuat persembahan di merata-rata tempat, namun ia langsung tidak menghalang dirinya untuk berbakti kepada golongan yang kurang bernasib baik ini.

“Saya selalunya kalau setiap tahun, saya memang akan menganjurkan majlis ulang tahun kelahiran saya dan mengundang anak-anak yatim dari beberapa buah rumah kebajikan sebagai tetamu untuk meraikan mereka.

“Lagipun saya merasakan dengan cara ini sahaja saya dapat berpeluang untuk mendekatkan diri dan berdampingan dengan mereka serta pada masa yang sama dapat menghiburkan hati mereka,” kata DJ Dave.

Ujar DJ Dave lagi, selain suka anjurkan aktiviti amal, dia sendiri menyatakan tidak keberatan dan sedia untuk memberi kerjasama sekiranya mendapat undangan daripada mana-mana pihak untuk terbabit dengan aktiviti amal lain jika diminta.

Jelas DJ Dave, dalam tempoh terdekat ini dia telah mendapat undangan daripada pihak Persatuan Usahawan Wanita Bumiputera (Usahanita) untuk terbabit dalam persembahan amal sempena Karnival Awal Silaturahim yang berlangsung pada 3 Julai 2011 ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

“Sudah tentu saya sangat teruja dan gembira untuk mengadakan persembahan tersebut dan tidak sabar untuk menghiburkan tetamu yang hadir. Malah, saya menyeru agar para peminat saya dapat hadir untuk sama-sama berhibur dan membantu golongan yang memerlukan.

“Saya juga difahamkan bahawa tema pada malam berkenaan juga adalah tema Bollywood dan saya akan menyanyikan kira-kira lapan buah lagu. Selain saya, Jamal Abdillah juga akan turut membuat persembahan dan tentunya ia akan lebih menarik,” kata DJ Dave dengan mesra.

Selain itu, Pengarah Projek Karnival Amal Silaturrahim, Che Ruhani Che Hassan pula menjelaskan seramai 80 anak yatim yang akan diraikan pada malam Karnival Amal Silatulrahim dan turut dimeriahkan dengan kehadiran artis popular lain seperti Azad Jazmin, Eira Syazira dan Ogy Ahmad Daud.

“Sehingga kini kami masih lagi melakukan penjualan meja yang berharga antara RM250 sehingga RM5,000. Kami berharap agar lebih ramai lagi yang dapat menghadirinya kerana kutipan yang perolehi nanti semuanya akan disumbangkan kepada anak-anak yatim yang hadir,” ujar Che Ruhani Che Hassan.

Sehubungan itu kata DJ Dave, kepada sesiapa yang berminat untuk sama-sama memeriahkan majlis makan malam berkenaan bolehlah menghubunginya sendiri melalui talian 012-991 2678. -Kosmo.

Tengok Video Nyanyian DJ Dave dan Uji Rashid Lagu Rintihan Rasa:






Apa komen mohdrohaizad.co.cc - Penulis gembira yang artis Malaysia kita terutamanya DJ Dave anjur aktiviti amal bersama-sama dengan anak yatim dan ibu tunggal. Penulis berharap lebih ramai lagi artis dan selebriti yang melibatkan diri dalam aktiviti sebegitu, kita kena kenangkan juga nasib mereka yang kurang baik dan memerlukan bantuan kita ini. Teruskan usaha anda DJ Dave.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

DJ Dave Anjur Aktiviti Amal Anak Yatim & Ibu Tunggal By Mohd Rohaizad. Published: 30.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...