CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Dr. Halina Hamil Mengandung - Dr Sheikh Muszaphar Jadi Bapa


Betul Ke Dr. Halina Hamil Mengandung? Tidak Lama Lagi Dr Sheikh Muszaphar Akan Menjadi Seorang Bapa.

Pasangan bahagia angkasawan negara Malaysia sedang menunggu kelahiran anak sulungnya yang dijangka akan lahir pada bulan Julai hadapan, angkasawan pertama negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha mengakui sangat teruja dan tidak sabar.

Dr. Sheikh Muszaphar sudah menghias sebuah bilik khas buat anak mereka, Dr. Sheikh Muszaphar dan isterinya Dr Halina bagaimanapun enggan membuat imbasan jantina anaknya agar mahu ia menjadi kejutan surprise untuk mereka berdua sewaktu anak itu lahir kelak.  

Gambar Dr Halina Hamil Mengandung Dr Sheikh Muszaphar
 Gambar Dr. Halina Mengandung Bersama Suaminya Dr Sheikh Muszaphar
 
"Saya mahu anak lelaki dan isteri mahu anak perempuan, jadi kami ambil keputusan untuk menjadikan jantina anak ini sebagai kejutan pada kami bila dia lahir nanti kata Dr. Sheikh Muszaphar.

"Memang tak sabar nak lihat bayi ini lahir, dan kami sendiri dah buat beberapa persiapan untuknya termasuklah menghias sebuah bilik khas untuk dia nanti. Dari segi pakaian, isteri yang banyak membeli belah, dan ada juga kami beli secara online sahaja.

Gambar Dr Halina Mengandung Anak Dr Sheikh Muszaphar
 Gambar Dr. Halina Hamil Bersama Dr Sheikh Muszaphar

"Saya memang sukakan kanak-kanak, kalau boleh saya mahu berkahwin awal untuk dapat cepat dapat anak, tapi ketika itu saya terikat dengan kontrak bersama kerajaan yang tidak membenarkan saya berkahwin dalam jangka masa dua tahun kata Dr. Sheikh Muszaphar.

"Alhamdulillah, selepas berkahwin saya cepat dianugerahkan anak, jadi saya tidak sabar lagi untuk melihat anak saya sendiri ujar Dr. Sheikh Muszaphar dengan gembira.

"Saya juga bersyukur isteri saya tidak mengalami sebarang alahan yang teruk dan tidak mengidam perkara-perkara yang pelik. Sepanjang dia mengandung, Alhamdulillah, perjalanannya nampak mudah dan senang,"luah Dr Halina.

Bercerita tentang anak, jelas Dr. Sheikh Muszaphar dia tidak meletakkan satu-satu bidang khusus untuk anaknya nanti, malah sebagai bapa, dia sentiasa menyokong apa sahaja yang diminati anaknya itu.

Perancangan Dr Sheikh Muszaphar Untuk Anaknya

"Saya akan menyokong apa sahaja yang diminatinya, tidak kisah jika dia mahu menjadi doktor, dan sekiranya dia mahu menjadi angkasawan juga saya tidak keberatan,"jelasnya yang masih tidak mahu memikirkan tentang pelajaran anaknya terlebih dahulu.

Bagi Datin Dr. Halina pula, dia bersyukur apabila dia tidak mengalami sebarang alahan yang teruk, sebagai ibu, Dr Halina sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk kandungannya.

"Sepanjang mengandung, saya banyak membaca buku tentang otak bayi dan berinya mendengar ayat-ayat Al Quran dan muzik yang abik untuk minda bayi," jelas Dr.Halina lagi yang akan menghabiskan tempoh berpantang di Lembah kelang, Selangor. -ManggaOnline.

Tengok Video Youtube Online Majlis Perkahwinan Wedding Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina (Bagi Yang Belum Saksikan atau Ter-Miss)



Apa Komen mohdrohaizad.co.cc - Penulis ingin mengucapkan TAHNIAH buat Dr. Halina yang Hamil Mengandung anak Dr Sheikh Muszaphar. Tentu sekali berita kehamilan ini sangat mengembirakan buat para peminat pasangan angkasawan Dr. Halina dan Dr Sheikh Muszaphar. Semoga pasangan ini bahagia bersama anak mereka yang bakal lahir tidak lama lagi pada bulan julai 2011.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Dr. Halina Hamil Mengandung - Dr Sheikh Muszaphar Jadi Bapa By Mohd Rohaizad. Published: 23.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...