CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Drama Tahajjud Cinta - 19 Pelakon Popular Malaysia


Betul Ke Drama Tahajjud Cinta Barisi 19 Pelakon Popular Malaysia?

Pengarah dan pelakon terkenal tanah air, Erma Fatima, 43 tahun, telah mengambil langkah membariskan 19 pelakon popular dalam drama arahannya iaitu, Tahajjud Cinta untuk mendapatkan impak yang luar biasa.

Menurut Erma Fatima yang turut berlakon dalam drama Tahajjud Cinta, berdasarkan pemerhatiannya, kekangan wang dana atau bajet produksi tempatan menjadi kekangan utamanya untuk mereka mendapatkan barisan pelakon yang popular dan berkualiti tinggi.

"Jika kita memiliki bajet yang berpatutan untuk memanggil barisan pelakon yang popular dan berkaliber, mengapa tidak saya mencuba formula tersebut.

"Saya sengaja ambil nama-nama besar dalam dunia lakonan bagi memberikan impak dan keseimbangan pada setiap watak tidak kira besar atau kecil dalam drama Tahajjud Cinta ini.

"Sehingga tiadanya istilah maksud pelakon pembantu atau ekstra kerana setiap watak-watak yang dipegang itu sama menonjol, penting dan saling berkait antara satu sama lain," ujar Erma Fatima yang tidak berdepan masalah menghimpunkan pelakon-pelakon popular drama tersebut di lokasi-lokasi penggambaran.

Gambar Erma Fatima Selaku Pengarah & Pelakon Drama Tahajjud Cinta

 Gambar Erma Fatima Selaku Pengarah & Pelakon Drama Tahajjud Cinta

Erma Fatima ketika ditemui pada sesi ramah mesra bersama para pelakon drama bersiri Tahajjud Cinta itu yang berlangsung di Sri Pentas, Bandar Utama, di sini, Selasa.

Ditanya adakah keputusan Erma Fatima selaku pengarah menghimpunkan pelakon-pelakon popular itu bertujuan untuk menandingi fenomena drama bersiri popular Nur Kasih pada satu ketika dulu, kata Erma Fatima, sebagai pengkarya seni saingan utama adalah terhadap dirinya sendiri dan bukan dengan pihak lain.

"Saya langsung tiada niat untuk menandingi mana-mana drama atau pengkarya lain dengan membariskan nama-nama popular dalam drama Tahajjud Cinta ini.

"Sebagai pengkarya seni, saingan utama saya adalah diri sendiri iaitu untuk menghasilkan naskhah yang lebih baik dan bermutu dari semasa ke semasa kerana matlamat dan misi di sebalik karya itu lebih penting daripada soal persaingan," kata Erma Fatima menjelaskan kenapa drama Tahajjud Cinta diterbitkan.

Nur Fazura & Fouziah Gous Bertudung Purdah Demi Drama Tahajjud Cinta

Sinopsis ringkas drama Tahajjud Cinta berkisar pada isu pengorbanan dan perjuangan wanita dalam menegakkan kebenaran, hak dan reputasi mereka.

Ia memaparkan kisah dua wanita iaitu Citra Maisara lakonan Nur Fazura dan Seri (Fouziah Gous) yang berasal daripada dua latar belakang berbeza. Perjalanan hidup mereka dihujani pelbagai dugaan dan cabaran dalam memperjuangkan hak-hak tersebut.

Gambar Barisan Pelakon Drama Tahajjud Cinta

 Gambar Barisan Pelakon Drama Tahajjud Cinta

Drama Tahajjud Cinta mempunyai 13 episod ini turut membariskan Fazura, Fouziah Gous, Eman Manan, Remy Ishak, Shahz Jaszle, Tiz Zaqyah, Aaron Aziz, Tan Sri Datuk Dr. Jins Shamsudin dan Neelofa.

Turut berlakon Norish Karman, Datuk Ahmad Tamimi Siregar, Dira Abu Zahar, Ziela Jalil, Azizah Mahzan, Fazreen, Heryanto, Fadhilah Mansor dan Melissa Saila.

Drama terbitan syarikat produksi Rumah Karya Citra ini akan mula ditayangkan pada 8 Julai depan pada setiap Jumaat pukul 9 malam dalam slot Zehra di TV3. -MStar.

Tengok Video Lagu Tema Drama Tahajjud Cinta - Siti Nurhaliza


Klik Sini - Betul Ke Wardina Saffiyah Pergi Majlis Mesra Rakyat Anjuran PKR & Sokong Himpunan BERSIH 2.0?

Apa Komen mohdrohaizad.com - Penulis percaya pengarah dan pelakon Erma Fatima memang berwibawa. Tiada sebarang kritikan yang sebarangan mengenai Erma Fatima. Penulis bangga Erma Fatima membuat drama Tahajjud Cinta yang dibarisi 19 pelakon popular Malaysia. Sudah pasti drama Tahajjud Cinta akan menjadi fenomena pada ramalan penulis. Sama-samalah kita nantikan!

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Drama Tahajjud Cinta - 19 Pelakon Popular Malaysia By Mohd Rohaizad. Published: 29.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...