CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Fahrin Ahmad Vs Irfan Khairi (Bengkel Motivasi Perniagaan)


Pelakon Pengacara Fahrin Ahmad Vs Irfan Khairi Si Jutawan Internet Menggadakan Bengkel Motivasi Perniagaan di TGV KLCC.

Kami telah dijemputan untuk menghadiri sebuah majlis yang berlangsung di TGV KLCC, petang Sabtu lalu. Setibanya di sana, kecoh apabila ada pihak mengatakan pelakon terkenal, Fahrin Ahmad dan jutawan internet, Irfan Khairi tengah bergaduh di situ.

Apa yang menyebabkan mereka bergaduh di situ? Rupa-rupanya, tiada sebarang pergaduhan berlaku kerana ini semua adalah gimik propa untuk melariskan sebuah bengkel motivasi gandingan kali pertama “Fahrin Ahmad vs Irfan Khairi” yang dianjurkan oleh syarikat mereka.

Bengkel motivasi yang mejadikan dua ikon belia ini diadakan bertujuan bagi menyampaikan mesej kaedah kejayaan mengikut pengalaman serta kepakaran masing-masing sekaligus memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai pendedahan dalambidang kewangan, perniagaan dan motivasi.

Gambar Fahrin Ahmad Lawan Irfan Khairi
 Gambar Irfan Khairi Vs Fahrin Ahmad (Siapa Lebih Hebat?)

“Irfan Khairi sangat mahir dalam bidang perniagaan dalam internet manakala saya pula sebagai artis selalu didedahkan dengan populariti. Orang bisnes tidak tahu bagaimana nak popularkan produk mereka manakala artis tidak tahu bagaimana nak memulakan perniagaan. Kata Fahrin Ahmad.

“Kami berdua mempunyai ilmu pengetahuan yang sangat berbeza, jadi kami cuba gabungkan dan kongsi kepada orang ramai tentang pengalaman yang kami ada. Bagi saya, kedua-dua perkara ini sebenarnya saling memerlukan untuk berjaya. Ujar Fahrin Ahmad yang bersedia untuk berkongsi pengalaman bersama para peserta kursus bengkel tersebut.

“Apa yang saya kongsi kepada mereka ini juga adalah proses pembelajaran sepanjang tujuh tahun saya bergelar artis Malaysia,” ujar Fahrin Ahmad yang sebelum ini pernah memberi motivasi berkaitan penampilan diri dan membina keyakinan diri di beberapa buah universiti tempatan.

Dengan kaedah penyampaian yang santai, digabungkan dengan unsur lakonan dan sketsa, “Fahrin Ahmad vs Irfan Khairi” bukan sahaja penuh dengan input yang membuka minda, tetapi juga menghiburkan sesiapa yang berada di bengkel tersebut.

Fahrin Ahmad Kali Pertama Bekerjasama Dengan Irfan Khairi

“Ini kali pertama saya bekerjasama dengan Fahrin. Kami cuba menerapkan konsep yang baru serta memberi kelainan agar dapat menarik lebih ramai belia untuk hadir ke motivasi perniagaan ini. Diharap dengan gaya yang santai serta celoteh yang menghiburkan, ramai yang boleh menerima cara baru ini. Kata Irfan Khairi.

“Ini cubaan pertama dan Alhamdulillah, sambutan amat hebat apabila lebih dari 200 orang peserta hadir pada hari ini,” ujar Irfan Kahiri yang juga merupakan pakar motivasi, penulis buku serta personaliti TV dan Radio.

Bengkel yang bermula dari jam 2.00 hingga 6.00petang selama 4 jam itu dibahagikan kepada tiga segmen setiap seorang di mana Fahrin Ahmad akan membicarakan mengenai kaedah membina jenama diri sendiri, skill komunikasi dan pengucapan serta rahsia dan cara menjadi popular. Pada petang itu, Fahrin Ahmad turut berkongsi mengenai bagaimana menjana pendapatan melalui komunikasi massa.

Manakala Irfan Khairi berkongsi mengenai cara menjana wang melalui internet, bagaimana menjadi ‘money magnet’, rahsia memulakan perniagaan pada usia muda dan teknik menggandakan wang dengan cara mudah. Semua rahsia Fahrin Ahmad dan Irfan Khairi dibongkarkan di bengkel motivasi mereka. -Gua.


Tengok Video Irfan Khairi Bicara MHI Dalam Menukarkan Hobi Menjadi Perniagaan




Apa Komen mohdrohaizad.co.cc - Bengkel motivasi perniagaan anjuran Irfan Khairi Vs Fahrin Ahmad memang memberikan info yang bernilai. Masing-masing mempunyai kepakaran yang tersendiri dimana apabila digabungkan menjadikan mereka kombinasi yang bagus dan cepat dikenali. Tentu bertuah para peserta bengkel kendalian syarikat Irfan Khairi ini. Penulis harap, bengkel-bengkel motivasi yang berfaedah ini akan dianjurkan dari semasa ke semasa. Semoga berjaya kepada Fahrin Ahmad dan Irfan Khairi dalam bengkel motivasi perniagaan mereka yang seterusnya. Nantikan..

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Fahrin Ahmad Vs Irfan Khairi (Bengkel Motivasi Perniagaan) By Mohd Rohaizad. Published: 28.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...