CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Farish Aziz Jadi Deejay (DJ) Suria FM Sabah


Betul Ke Pelakon Pengacara Farish Aziz Jadi Deejay (DJ) Suria FM Sabah?

Berita yang diterima adalah betul! Tahukah anda pengacara dan pelakon Farish Aziz bakal menyertai Suria FM Sabah secara rasmi bermula 1 Julai 2011 ini. Farish Aziz yang baru mendirikan rumah tangga pada Januari lalu kini menetap di Kota Kinabalu, Sabah menganggap keputusan tersebut untuk mengisi masa terluangnya di negeri Sabah.

“Mereka pernah tawarkan saya sertai Suria FM pada Februari lalu untuk menjadi deejay di Sabah tapi saya minta masa untuk berfikir dahulu kerana pada masa itu memandangkan saya baru sahaja berkahwin.

“Saya setuju selepas berbincang tentang jadual tugas saya dengan pihak pengurusan Suria FM dan mereka tidak melarang untuk saya meneruskan kerjaya sebagai pengacara mahupun berlakon.

“Lagi pula daripada saya tiada apa pekerjaan di sana lebih baik saya ambil tawaran ini,” kata Farish Aziz ketika dihubungi wartawan di sini, Selasa lalu.

Gambar Farish Aziz Jadi DJ Suria FM Sabah
 Gambar Deejay Farish Aziz & Ray Suria FM Sabah

Farish Aziz bakal mengendalikan segmen pagi bermula pukul 6 pagi sehingga 10 pagi bersama deejay Ray di Suria FM.

Tambah Farish Aziz lagi, dia telah memulakan tugas tersebut sejak Isnin lalu bagi mencari keserasian dan membiasakan diri dengan tanggungjawab barunya itu sebagai deejay di Suria FM.

“Saya sudah beberapa hari bertugas dan Alhamdulilah seronok dapat berkomunikasi dalam bahasa Sabah.

“Sebelum ini apabila berada di depan kemera saya terpaksa bercakap dalam bahasa Malaysia yang kadang kala membuatkan saya tersasul,” ujar Farish Aziz dengan gembira.

Jelas Farish Aziz, cabaran utamanya adalah untuk menarik pendengar setia Sabah yang sememangnya mempunyai pilihan deejay mereka sendiri.

“Cabaran utama ialah saya tidak dikenali di Sabah dan kebanyakan deejay di Sabah adalah daripada kalangan artis realiti yang sememangnya mereka kenali.

“Saya perlu tarik perhatian mereka dan bermula dari bawah sebab melalui radio mereka hanya mendengar suara sahaja,” kata Farish Aziz bersemangat.

Walaubagaimanapun, jelas Farish Aziz, dia tidak mempunyai sebarang masalah menjadi DJ berikutan mempunyai pengalaman menjadi deejay di stesen radio Era FM sebelum ini.

“Saya pernah mengendalikan carta 30 di Era FM bersama Jimmy Shanley pada tahun 2007-2008.

“Ketika itu mereka tawarkan untuk jadi deejay sepenuh masa di stesen Era FM tersebut tetapi saya terpaksa menolak kerana mempunyai banyak komitmen lain,” kata Farish Aziz.

Selain itu, Ketua Pegawai Penyiaran Suria FM, Yusri Abu Samah berkata Farish Aziz merupakan calon yang paling layak dan menjadi pilihan masyarakat di Sabah.

"Kita telah membuat beberapa kajian dan menyenaraikan beberapa nama calon dan nama Farish merupakan yang paling popular dan dikenali orang Sabah.

"Dia juga berasal dari Sabah dan mempunyai pengalaman dalam bidang penyiaran radio ini," kata Yusri Abu Samah mengakhiri temubual wartawan hiburan. -MStar.

Tengok Video Majlis Perkahwinan Farish Aziz Wedding







Apa Komen mohdrohaizad.com - Tahniah penulis ucapkan kepada Farish Aziz yang telah menjadi deejay di Suria FM Sabah. Penulis harap Dj Farish Aziz berjaya dalam bidang yang beliau ceburi. Dah lama penulis dengar suara Farish Aziz di corong radio, nampaknya pendengar-pendengar di Sabah pasti tidak sabar menunggu suara Farish Aziz setiap pagi di radio.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Farish Aziz Jadi Deejay (DJ) Suria FM Sabah By Mohd Rohaizad. Published: 29.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...