CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Fatwa Dikeluarkan Tegah Haram Bina Tugu 1Malaysia (Berhala)?


Betul ke fatwa baru yang dikeluarkan tegah haram bina tugu 1Malaysia (Berhala)? Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis berpendapat tindakan kerajaan Malaysia membina tugu “1Malaysia” adalah ditegah kerana ia mengandungi unsur penghormatan, yang dikhuatiri boleh menjurus kepada pemujaan al-Ansab (berhala). Dengan kata lain boleh mendatangkan haram jika ada unsur berlebihan yang keterlaluan penubuhan monumen tugu tersebut.
 
Menurut fatwa itu, tegahan itu dibuat berdasarkan ayat 90 dalam surah al-Maidah yang menyebut bahawa arak, judi dan menyembah berhala adalah amalan syaitan dan mestilah ditegah.

Tegahan ini juga berdasarkan kaedah Sadd al-Zara'i (menutup pintu kemudharatan) bagi memelihara kemurnian akidah, sebagaimana larangan Nabi Muhammad terhadap tindakan sahabat yang ingin menjadikan pokok Zat Anwath sebagai tempat berkumpul. 
 
 Adakah Anda Bangga Dengan Gambar Tugu 1Malaysia?

Pembinaan Tugu 1Malaysia Membazirkan Duit Rakyat

"Selain daripada itu kewajaran tegahan ini juga dilihat dari sudut pembaziran yang diharamkan oleh Islam," kata Mufti Perlis Dr Juanda Jaya.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, keputusan itu dibuat setelah jawatankuasa yang dipengerusikannya itu bermuzarakah pada 18 dan 19 April lalu.
 
Keputusan itu, tambahnya, telah diluluskan oleh Majlis Agama Islam Perlis (MAIP) dan disembah maklum kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis sehari selepas itu.
 
 Gambar Dr Juanda, Nasihatkan Jangan Bazir Duit Rakyat Bina Tugu 1Malaysia

Fatwa Yang Berunsur Nasihat Demi Jaga Kepentingan

Bagaimanapun, menurutnya lagi, fatwa itu tidak diwartakan dan hanya berperanan sebagai nasihat kepada umat Islam.

Ekoran keputusan itu, fatwa tersebut dihebahkan di pelbagai penerbitan kerajaan negeri, termasuk majalah bulanannya Irsyad Hukum, jelas Dr Juanda.

Selepas Najib memperkenalkan gagasan itu, tugu sedemikian yang kebanyakannya dibina daripada batu dan kayu dilihat diletakkan di pelbagai tempat di seluruh Malaysia.
 
 
P/s: Dimana-mana terdapat tugu ini, adalah wajar wang pembinaan tugu tersebut digunakan untuk rakyat yang masih lagi dalam kesusahan terutamanya di luar bandar dan pedalaman.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Fatwa Dikeluarkan Tegah Haram Bina Tugu 1Malaysia (Berhala)? By Mohd Rohaizad. Published: 2.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...