CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Filem 3 2 1 CINTA (Sinopsis Review Video Trailer)


Buat peminat filem di Malaysia, filem 3 2 1 Cinta bakal menemui penonton tidak lama lagi. Sebelum itu apa kata anda lihat sinopsis review filem 3, 2, 1, Cinta dibawah. Video trailer 3 2 1 Cinta di youtube juga menarik tetapi anda pasti sudah dapat menjangkakan aksi-aksi cinta dalam filem tersebut.


Sinopsis Review 3,2,1 CINTA:

Filem 3,2,1 CINTA mengisahkan Sam, anak gadis yang berpewatakan kasar seperti lelaki yang baru sahaja berpindah untuk menyambung pelajaran di sebuah kolej. Dia bertemu semula dengan kawan baik semasa sekolah iaitu Fariz di situ.

Dalam masa yang sama, Sam mula ditakut-takutkan dengan fakta bahawa dengan sikap kasarnya itu, dia akan ditakuti oleh semua lelaki dan dia akan bersendirian sampai mati.

Ini Secara kebetulan, Sam terserempak dengan Nazril, lelaki idaman seluruh kolej. Dia tercabar dengan sikap Nazril yang hanya melayan perempuan cantik sahaja menyebabkan dia tekad untuk memikat Nazril.

Pelbagai peristiwa yang melucukan dan romantis berlaku sepanjang usaha Sam untuk memikat Nazril termasuk cuba merubah penampilan dan sikap kasarnya.

Dalam masa yang sama, hubungan Sam dengan bapa tirinya dan adik tirinya, Mimi juga semakin pulih dan erat. Akhirnya, Nazril jatuh cinta dengan kesungguhan Sam apabila Sam sanggup membantunya untuk menguruskan rumah anak yatim yang dibinanya.

Sam juga sanggup mengajar anak-anak yatim itu dengan caranya yang tersendiri. Namun, rupa-rupanya Fariz selama ini menyintai Sam dalam diam. Fariz meluahkan perasaannya pada Sam.

Sam yang keliru dengan luahan Fariz itu cuba berfikir kembali tentang perasaan dirinya terhadap Fariz dan Nazril. Dan ketika Nazril pula meluahkan perasaan kepada Sam, Sam sedar dan yakin siapa sebenarnya yang harus dipilihnya.

Filem 321 Cinta
Temui Penonton Filem 3 2 1 Cinta Di Pawagam 16 Jun 2011

Tajuk Filem:
3,2,1 CINTA

Pengarah:
Azhari Mohd Zain

Penerbit:
Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.

Dipawagam:
16 Jun 2011

Pelakon 3,2,1 CINTA:
Diana Amir, Farid Kamil, Pierre Andre, Mustapha Kamal, Sheila Mambo, Zila Bakarin, Ruzaidi Abdul Rahman

Saksikan Video Trailer Filem 3, 2, 1 CINTA Di Youtube Internet Online Dibawah:




Filem 3 2 1 CINTA (Sinopsis Review Video Trailer)

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Filem 3 2 1 CINTA (Sinopsis Review Video Trailer) By Mohd Rohaizad. Published: 14.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...