CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Filem Berani Punya Budak - Sinopsis & Video Trailer


Filem Berani Punya Budak - Sinopsis & Video Trailer

Filem Berani Punya Budak, sebuah filem arahan Afdlin Shauki membuat kelainan apabila ia melibatkan kerjasama antara 2 syarikat produksi daripada 2 buah negara, iaitu VW &Ismail Holdings. Seperti biasa, Afdlin Shauki sering mengetengahkan filem berkonsep humor dan filem ini didokong oleh barisan pelakon hebat seperti Awie, Afdlin Shauki, Johan Raja Lawak, Nabil Raja Lawak, Riezman Khuzaimie & Adlin Aman Ramlie. Jadi, boleh bayangkan lawaknya macam mana, kan?

 Tagline: Kalau Takut Dipukul Gangster - Jangan Berumah Dekat Dengan Rumah Gangster

Sinopsi ringkas filem Berani Punya Budak: 

Shuhami Abdullah/Tong (Afdlin Shauki) baru sahaja tiba di lapangan terbang, namun dia telah ditangkap oleh pihak Interpol & disoal siasat kerana disyaki terlibat dengan kegiatan gangster Thailand. Di sini, Shuhaimi berceritakan mengenai kehidupan abang iparnya.

Pairot, kembali semula menjalani kehidupan normal selepas keluar daripada penjara dan dia menguruskan restoran bersama iparnya, Tong. Kemudian, satu hari Pairot mendapat satu panggilan untuk melaksanakan tugas terakhir, iaitu mencuri data peribadi pelanggan daripada sebuah syarikat kad kredit.

Gambar Afdlin Shauki Dalam Babak Filem Berani Punya Budak

Pairot telah dipaksa untuk melakukan kerja tersebut setelah pemanggil menculik Tong dan mengugut untuk membunuh dia sekiranya kerja itu tidak dapat diselesaikan.

Pairot terpaksa melakukan kerja itu dan berjaya melepaskan Tong. Namun, perkara tersebut menjadi kucar kacir apabila Pairot telah dikenalpasti sebagai penjenayah & diburu oleh pihak polis serta Metropolitan Mafia. Mereka berdua berjaya melepaskan diri dan bercadang untuk menjumpai timbalan presiden syarikat kad kredit untuk memaklumkan bahawa Pairot tidak bertindak atas kehendak sendiri.

Walau bagaimanapun, semakin lama mereka semakin terperangkap dengan situasi ini, dan ia melibatkan konspirasi yang telah dirancang lebih awal. Adakah mereka berjaya menyelesaikan masalah tersebut?

Info Filem Berani Punya Budak:

Pengarah: Afdlin Shauki
Penulis: Afdlin Shauki (Lakon layar)
Lakonan: Afdlin Shauki
Pelakon Utama: Awie, Sharifah Sofea
Penerbit: Afdlin Shauki
Penerbit Eksekutif: Datuk Jason Lau
Syarikat Penerbit: Vision Works (M) Sdn Bhd
Bahasa: Bahasa Melayu
kategori: Filem Cereka
Genre: Aksi, Komedi
Klasifikasi: U - Untuk tontonan umum
Tarikh Tayangan: 2011

Saksikan video trailer filem Berani Punya Budak di youutbe online internet dibawah ini.




Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Filem Berani Punya Budak - Sinopsis & Video Trailer By Mohd Rohaizad. Published: 3.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...