CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Filem Hikayat Merong Mahawangsa Dikritik Hebat Di Amazon


 Betul Ke Filem Hikayat Merong Mahawangsa Dikritik Hebat Di Laman Web Amazon.co.uk?

Filem epik hebat yang diarahkan Yusry Abdul Halim iaitu Hikayat Merong Mahawangsa dikritik hebat oleh pengulas filem di Amazon.co.uk

Rata-rata pembeli yang membeli DVD filem itu yang bertajuk "Clash of Empires: Battle for Asia" memberikan filem tersebut 1 bintang sahaja.

Filem yang dibintangi Stephen Rahman-Hughes, Dato Rahim Razali, Umie Nazeera, Khir Rahman dan ramai lagi bintang antarabangsa itu diedarkan Metrodome Distribution. 

Filem Hikayat Merong Mahawangsa Dikritik


Filem Hikayat Merong Mahawangsa Dikomen Pedas Pengkritik Filem Antarabangsa

Antara komen yang disifatkan agak pedas termasuklah komen dari pembeli yang menggunakan nama "Johnny Ramone" dari Hertfordshire, United Kingdom yang menyatakan filem tersebut "absolute trash". 

Manakala, "Bob Salter "Captain Spindrift"" dari Wiltshire, England pula memilih filem ini sebagai calon untuk Golden Turkey Awards.

Itu antara sebahagian daripada komen-komen pedas yang dilemparkan kepada pembikin filem ini. Namun demikian, di sebalik kata-kata pedas yang dilontarkan, ada pembeli yang menyukai filem ini. Menggunakan nama "Mclovinwithfries", dia menyatakan filem ini menampilkan visual yang mengagumkan selain adegan aksi yang cukup cemerlang. "Mclovinwithfries" memberikan 4 bintang untuk filem ini.

Filem Hikayat Merong Mahawangsa


Filem Tempatan Boleh Pergi Jauh

Kami berharap pembikin filem tempatan khususnya tidak lemah semangat untuk terus menerbitkan filem-filem hebat untuk pasaran antarabangsa. Jadikanlah kritikan yang diterima sebagai pembakar semangat untuk terus mengangkat filem tempatan ke pesada antarabangsa. 

Pastinya kritikan ini akan terus membakar semangat KRU Studios, milik tiga beradik Norman, Yusry & Edry untuk terus melangkah dan memberikan sesuatu kepada industri seni tempatan dan antarabangsa khususnya.

P/s: Penulis turut bersetuju yang pembikin filem tempatan janganlah berputus asa. Filem Hikayat Merong Mahawangsa cukup mengkagumkan penulis walaupun dikritik hebat. Filem kita boleh pergi jauh dengan berlakunya peningkatan kualiti setiap tahun. Semoga filem kita dapat diterima baik diperingkat antarabangsa untuk dikomersialkan.


Filem Hikayat Merong Mahawangsa Dikritik Hebat Di Amazon

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Filem Hikayat Merong Mahawangsa Dikritik Hebat Di Amazon By Mohd Rohaizad. Published: 6.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...