CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Filem Karipap-Karipap Cinta - Sinopsis & Video Trailer


Filem Karipap-Karipap Cinta - Sinopsis & Video Trailer

Sinopsis Filem Karipap-Karipap Cinta: 

Ali adalah seorang pemuda yang bersopan dan baik perangainya tetapi kurang memiliki cita-cita dan motivasi.Dia bekerja di sebuah syarikat yang menerbitkan akhbar politik dan majalah misteri.

Tugas Ali adalah untuk mengambil foto tempat-tempat yang kelihatan seram dan mengubahsuainya kepada gambar yang kelihatan mempunyai hantu. Ali jatuh hati pada Sarah, yang bekerja sebagai Kartunis disebuah syarikat ternama. Dalam satu kejadian ragut, Ali cuba untuk menjadi hero tetapi terpaksa diselamatkan oleh Sarah dengan kemahiran seni silatnya. Ali mendapat tahu yang Sarah pernah belajar di Universiti Al-Azhar dan mempunyai kelayakan sebagai Ustazah.

Dalam usaha unutk memikat Sarah dan keluarganya, Ali berbohong yang dia juga adalah pelajar berkelulusan dari Al-Azhar. Sementara itu, bos Ali, Datuk Razali Bunari terlibat dalam satu pertelingkahan sengit dengan saingan politiknya Dato Zidan.

Dia mendapat dokumen sulit mengenai skandal Dato Zidan dan ingin menerbitkannya melalui akhbar politik beliau.Ali terkejut apabila dapat tahu bahawa ayah Sarah pernah bekerja dengan Dato Zidan dan memang terlibat dalam skandal tersebut.Setelah ketahui keinginan Bosnya itu, Ali ingin menebus dosa dengan mencuri dokumen-dokumen tersebut dari pejabatnya.

Dengan bantuan empat sekawan beliau dapat pecah masuk ke rumah Bosnya dan mencuri dokumen tersebut. Adakah hajat Ali untuk memikat sarah terkabul dengan kecurian itu? Atau adakah Ali akan bersifat jujur dengan memberitahu perkara sebenar? Dapatkan jawapannya di panggung wayang nanti untuk mengetahui kesudahannya.

Saksikan Filem Karipap-Karipap Cinta video trailer youtube online di internet dibawah:





SAKSIKAN FILEM KARIPAP-KARIPAP CINTA DI PAWAGAM MULAI 31 OGOS 2011

Betul Ke Atilia Kahwin Tahun 2011?



INFO FILEM KARIPAP KARIPAP CINTA

PENGARAH: Hafsham

PENOLONG PENGARAH: Sime Gridgette Zelle

PENERBIT PENYELARAS: RS Paarthipan

CERITA ASAL & LAKON LAYAR: Nazri M Annuar

PENGARAH SENI: Daven R

TERBITAN: Cinematic Sdn Bhd

GENRE: Komedi

JANGKA TAYANG: 31 Ogos 2011

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Filem Karipap-Karipap Cinta - Sinopsis & Video Trailer By Mohd Rohaizad. Published: 3.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...