CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Memuatkan ...

Filem 'Gerimis Mengundang' Buat Kamal Adli Takut


Betul Ke Filem  'Gerimis Mengundang' Buat Kamal Adli  Takut?

Pelakon baru yang kacak popular Kamal Adli mengakui rasa takut dan berat hati nuntuk berlakon filem Gerimis Mengundang arahan Ahmad Idham Nadzri. Kata Kamal Adli, perasaan takut dan berat hati tersebut timbul kerana merasakan dia bakal memikul tanggungjawab untuk membawa filem tersebut di Malaysia dan ke negara jiran Indonesia.

"Entah kenapa hati saya sangat berat untuk berlakon filem Gerimis Mengundang itu. Mungkin perasaan terlalu takut kerana ini merupakan filem pertama saya yang akan ditayangkan di Indonesia.

"Saya dapat rasakan tekanan untuk buat yang terbaik dan juga bergandingan dengan pelakon popular Indonesia Olivia Jensen Lubis," kata Kamal Adli  ketika ditemui pada sidang media Gerimis Mengundang.

Filem Gerimis Mengundang merupakan gabungan dua syarikat produksi tempatan, Excellent Pictures dan Erama.tv dengan kerjasama syarikat produksi prolifik dari Indonesia, Wana B Pictures.

Gambar Kamal Adli dan Olivia Jensen Lubis Filem Gerimis Mengundang
 Gambar Kamal Adli Dan Olivia Jensen Lubis Dalam Filem Gerimis Mengundang

Tambah Kamal Adli lagi, diantara cabaran utamanya adalah dari segi faktor bahasa pertuturan Olivia Jensen Lubis yang agak sukar untuk difahami.

"Saya sukar untuk memahami bahasa Indonesia yang dituturkan oleh Olivia Jensen Lubis kerana terlalu pekat, saya perlu dengar betul-betul untuk memahaminya." Ujar Kamal Adli serius.

"Namun begitu, Olivia Jensen Lubis seorang yang sangat mesra, kali pertama saya berjumpa dengan dia seperti seolah-olah sudah lama kenal. Jadi mungkin tiada masalah untuk mencari keserasian dalam masa terdekat," kata Kamal Adli.

Kisah Filem Gerimis Mengundang

Selain itu, ketika ditanya tentang watak yang bakal dilakonkan, Kamal Adli berkata dia memegang watak Zamani yang merupakan seorang juruterbang helikopter. Zamani akan bertemu Mikha lakonan Olivia Jensen Lubis gadis dari Jakarta. Dari seorang pemuda yang mempunyai ego yang tinggi, dia akhirnya jatuh cinta dengan Mikha.

Sementara itu, penerbit merangkap pengarah, Ahmad Idham Nadzri berkata, filem Gerimis Mengundang merupakan percubaan untuk memasuki pasaran negara Indonesia.

"Ini adalah permulaan dan percubaan kami melakukan kolaborasi dengan syarikat dari negara Indonesia di mana kami mendapat khidmat mereka untuk menyediakan pelakon dan pemasaran.

"Oleh itu, dari segi pemilihan tajuk juga kita memilih tajuk lagu yang sememangnya popular di sana iaitu Gerimis Mengundang yang pernah menjadi fenomena di sana pada tahun 90-an.

"Kita juga akan menggunakan khidmat komposer Yovies & Nuno untuk mengubah kembali lagu tersebut dan mengubah lagu tema untuk filem ini," kata pengarah Ahmad Idham Nadzri.

Filem Gerimis Mengundang menjalani penggambaran di Sabah, Kuala Lumpur dan Jakarta bermula 28 Jun 2011 ini dan telah mendapat kerjasama dengan Lembaga Pelancongan Sabah. Filem Gerimis Mengundang yang memaparkan naluri cinta insan dua negara ini akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia dan Indonesia pada 2012. -MStar.

Tengok Video Koleksi Gambar Olivia Jensen Lubis Seksi Cun Hot



Apa Komen mohdrohaizad.co.cc - Penulis tidak sabar untuk melihat hasil kerja pengarah handalan negara kita melalui filem Gerimis Mengundang, walaupun Kamal Adli berulang-kali kata takut untuk membawa bebanan filem ini ke Indonesia. Bukan senang tu, penulis faham kenapa hal ini membuatkan Kamal Adli kecut perut, nanti kalau filem Gerimis Mengundang tidak best memang menjadi igauan kepada mana-mana pelakon hatta Olivia Jensen Lubis seksi pun akan jadi pucat.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Filem  'Gerimis Mengundang' Buat Kamal Adli  Takut By Mohd Rohaizad. Published: 28.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...