CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Memuatkan ...

Filem Ngorat - Aaron Aziz Mengurat Erra Fazira


Anda Mencari Sinopsis Review Filem Ngorat Lakonan Aaron Aziz Mengurat Erra Fazira?

Jika tengok gelagat lakonan Erra Fazira dan aktor kacak pujaan ramai Aaron Aziz ketika menjalani penggambaran filem Ngorat, kredibiliti kedua-dua bintang itu tidak perlu dipersoalkan lagi oleh para pengkritik.

Digandingkan buat pertama kali dalam karya terbitan LineClear Motion Pictures, sama ada Erra Fazira mahupun Aaron Aziz mereka menjanjikan lakonan mantap dan terbaik agar dapat memancing para peminat mereka untuk menonton ke pawagam apabila filem genre komedi romantik itu ditayangkan di panggung nanti.

Baru-baru ini, bertempat di E@Curve Mutiara Damansara, lokasi penggambaran filem Ngorat, wartawan mendekati kedua-dua pelakon itu untuk mencungkil pengalaman mereka sepanjang menjalani penggambaran di bawah arahan Prof. A. Razak Mohaideen.

Kolaborasi antara jelitawan Fazira Wan Chik berumur 37 tahun, dengan pengarah prolifik Prof. A. Razak Mohaideen bermula sejak tahun 2003 (Cinta Kolestrol) dan yang terakhir pada 2009 (Sifu & Tongga).

Sepanjang enam tahun tersebut, lapan filem arahan pengarah Prof. A. Razak Mohaideen telah dibintangi oleh Ratu Cantik Malaysia pada tahun 1992 itu.

Setelah dua tahun tidak bekerjasama, Erra Fazira ibu kepada Engku Aleesya Engku Emran itu kembali ke pangkuan Prof. A. Razak Mohaideen bagi membintangi filem Ngorat digandingkan dengan Aaron Aziz dan bintang baru, Iedil Putra.

“Sebelum ini bukan saya tidak mahu berlakon di bawah arahan Prof. A. Razak Mohaideen, tetapi saya perlu menumpukan sepenuh perhatian kepada Aleesya.

“Tempoh dua tahun sebelum ini sememangnya diperuntukkan untuk Aleesya kerana dia amat memerlukan saya di sisinya ketika itu,” jelas Erra Fazira yang mendukung karakter tomboy dalam filem Ngorat.

Kali pertama penampilan Erra Fazira melakonkan watak tomboy ialah menerusi filem Kuliah Cinta, terbitan MIG Productions, juga di bawah arahan Prof. A. Razak Mohaideen pada tahun 2004.

Filem Ngorat - Kisah Cinta Tomboy

Dalam filem Ngorat, Erra Fazira akan melakonkan watak Keyra yang bersifat tomboy dan ia sebenarnya klise.

Erra Fazira yang ditembak dengan soalan itu menjelaskan, ia bukan satu isu kerana pengalamannya selama 17 tahun dalam dunia lakonan membolehkannya memberikan lakonan yang berkesan.

“Saya sudah berlakon sebanyak 34 filem sepanjang menceburi bidang lakonan dan menerusi kesemua filem itu, saya telah mendukung pelbagai karakter.

“Ketika ini, saya hanya mementingkan keberkesanan lakonan walaupun watak Keyra begitu sinonim dengan diri saya,” kata Erra Fazira.

Bagi Aaron Aziz yang melakonkan watak Arjuna Kasih, watak itu amat berbeza dan mencabar kerana memerlukan dia menyerlahkan sisi lucu dalam dirinya.

Filem Ngorat Lakonan Aaron Aziz dan Erra Fazira
 Gambar Filem Ngorat - Erra Fazira Dingorat Aaron Aziz

“Sukar untuk saya membuatkan orang ketawa tetapi lebih senang untuk orang mentertawakan saya sekiranya lawak yang ditonjolkan menampakkan kebodohan saya selaku pelakon.

“Oleh itu, sedikit pengalaman yang saya ada, digunakan untuk memberikan lakonan yang berkesan,” jelas Aaron Aziz yang tidak mahu dilabelkan sebagai pelakon komedi.

Untuk menjadi salah seorang pelakon yang berwibawa, Aaron Aziz akur apabila dia harus mencabar dirinya untuk melakonkan watak komedi yang rumit.

Semua itu, kata Aaron Aziz, boleh mempertingkatkan lagi kualiti lakonan kerana penonton pasti bosan jika seseorang pelakon itu memberikan lakonan yang stereotaip atau sama sahaja.

Menurut aktor Aaron Aziz itu lagi, peluang yang diberikan oleh Prof. A. Razak Mohaideen disambut baik dan sudah pasti dia akan memberikan lakonan terbaik kerana tidak mahu mengecewakan pengarah, penonton dan sekali gus para peminatnya.

“Saya berjanji akan lakukan yang terbaik dengan menyuntik kelainan menerusi gaya saya tersendiri untuk menjiwai watak.

“Saya tidak dapat lari daripada melakonkan watak-watak yang agak serupa untuk sesuatu drama tetapi percayalah, apabila saya berlakon, saya lakukannya dengan sepenuh hati,” kata Aaron Aziz yang kini sibuk menjalani latihan teater Badai Semalam. -Utusan.


Apa Komen mohdrohaizad.co.cc - Apabila baca sedikit sinopsis filem NGORAT, apa yang penulis boleh review dan mengagak jalan cerita cinta tomboy yang sama dalam filem arahan pengarah Prof. A. Razak Mohaideen ini. Namun, lakonan mantap romantik komedi Aaron Aziz yang akan mngurat Erra Fazira tentu ditunggu-tunggu peminat. Tambah-tambah para peminat pelakon ini memang ramai kan? Jadi tidak kisahlah jalan cerita filem Ngorat ini macam mana pun.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Filem Ngorat - Aaron Aziz Mengurat Erra Fazira By Mohd Rohaizad. Published: 24.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...