CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Filem X-Men First Class - Sinopsis Review & Video Trailer


Filem X-Men First Class - Sinopsis Review & Video Trailer

Selepas muncul dengan 4 filem, francais X-Men kembali dengan filem ke 5 yang masih lagi mengekalkan konsep prekuel seperti filem keempat dahulu. Jika filem keempat menyingkap sejarah Wolverine, filem kelima ini pula membuka kisah bagaimana golongan mutan mula mendedahkan diri kepada dunia dan bagaimana persengketaan antara Magneto dan Professor X bermula.

Saksikan Video Trailer Youtube Filem X-Men First Class




Ulasan Review Penuh Filem X-Men First Class

Salah satu filem terbaik bagi penulis bagi tahun ini dan setakat ini. Durasinya selama 131 minit tidak terasa meskipun kurang aksi dan lebih pada drama. Nyata, pengarah Matthew Vaughn bijak mengadunkan pelbagai emosi seperti dendam, amarah, persahabatan, kasih sayang, pemberontakan golongan muda dan pandangan stereotaip golongan 'pelik' di mata masyarakat ke dalam siri pertama X-Men arahannya ini.

Filem ini begitu mengujakan penulis, bukan kerana ianya sebagai jawapan kepada permusuhan ketat dua ikon utama X-Men, Magneto dan Professor X tetapi juga kepada bagaimana tertubuhnya dua kelompok utama mutan yang berjuang atas pendirian masing-masing atas kewujudan mereka di atas bumi ini.

Peminat siri X-Men sudah pasti tahu, satu hari nanti Professor X akan menjadi ketua kepada kelompok X-Men, satu kumpulan khusus mutan yang cuba berdamai dengan masyarakat manusia biasa dan berharap manusia dapat menerima mereka sebagai sebahagian dari golongan manusia normal. Magneto pula akan mengetuai kelompok Brotherhood of Mutants, golongan yang cuba memerangi manusia di atas pandangan serong manusia kepada golongan mutan yang mereka anggap sebagai pelik di atas kemampuan luarbiasa mereka.



Jalan ceritanya begitu efisien berbanding semua filem blockbuster setakat ini. Plotnya jelas, bermula dengan kisah Erik Lensherr yang dipisahkan dari keluarganya, dan dalam keadaan penuh emosi, mendapat tahu dirinya mempunyai kemampuan mengawal sebarang unsur logam. Kematian ibunya yang dibunuh depan menyebabkan Erik berdendam dan mula menggunakan kuasa mutannya untuk menjejaki pembunuh ibunya. Dan dalam misi dendamnya inilah dia menemui Charles Xavier serta mutan-mutan lain yang terpaksa menyembunyikan kemampuan sebenar untuk bercampur dengan masyarakat.

Penyusunan babak yang kemas dan teratur menjadikan penulis tidak sedar yang filem ini telah ditayangkan lebih sejam. Tidak ada perasaan "bila nak habis" sepanjang menonton filem ini. Penonton yang tidak pernah membaca komiknya juga tidak akan terasa janggal kerana filem ini mampu berdiri dengan sendirinya. Juga bagi peminat baru yang mungkin ini adalah filem X-Men pertama anda, dengan menonton filem ini, perasaan untuk menonton semua francais X-Men akan timbul.

Di sebalik kurangnya promosi besar-besaran, tak dinafikan bagi penulis, X-Men First Class adalah filem mesti tonton untuk ketika ini. Kesemua watak yang ada akan melekat di hati penonton, malah mungkin sesetengah akan mula terfikir kembali, adakah Magneto seorang yang jahat atau tidak?



Sipnosis Filem X-Men First Class

Kisah X-Men bermula ketika era perang dunia kedua, ketika ini Erik Lensherr belum menggunakan nama Magneto dan Charles Xavier belum dikenali sebagai Professor X. Sebaliknya, mereka adalah dua pemuda yang ditemukan takdir sebagai sahabat baik dan sama-sama memperjuangkan hak mereka sebagai golongan manusia yang mempunyai kemampuan luarbiasa (mutan).

Perlahan-lahan, persahabatan mereka diduga dengan cabaran perselisihan pendapat dalam apa yang mereka perjuangkan. Charles lebih bersifat diplomatik manakala Erik berpendapat hanya dengan kekerasan dapat memastikan golongan mereka tidak ditindas.

Persengketaan inilah yang akan menjadi detik permulaan kepada perang antara X-Men dan Brotherhood of Mutants.

TAJUK FILEM: X-Men: First Class
PENGARAH: Matthew Vaughn
PELAKON: James McAvoy, Michael Fassbender, Rose Byrne, January Jones, Oliver Platt, Kevin Bacon
EDARAN: 20th Century Fox


Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Filem X-Men First Class - Sinopsis Review & Video Trailer By Mohd Rohaizad. Published: 3.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...