CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Finas Perkenal E-Lesen Untuk Penerbit Filem Malaysia


Tahukah Anda Finas Telah Perkenal E-Lesen Untuk Memudahkan Penerbit Filem Malaysia Untuk Mengisi Butir Maklumat Permohonan

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) bakal memperkenalkan perkhidmatan e-Lesen kepada para penerbit filem yang ingin membuat permohonan lesen filem tidak lama lagi.

Menurut ketua pengarahnya, Mohd Mahyidin Mustakim, perkhidmatan e-Lesen merupakan sebuah sistem yang memudahkan pihak penerbit melakukan permohonan dengan lebih mudah iaitu secara dalam talian.

Penerbit Filem Malaysia Isi Borang Secara Online Melalui E-Lesen

"Apabila e-Lesen diperkenalkan, pihak penerbit tidak perlulah bersusah payah datang ke Finas untuk mengisi borang permohonan lesen filem. Dan semua permohonan itu boleh dibuat menerusi Internet sahaja.

"Malah dengan perkhidmatan tersebut, ia boleh mempercepatkan proses pengeluaran lesen penerbitan dan pengedaran yang hanya mengambil masa selama empat hingga lima hari berbanding sebelum ini yang mengambil tempoh panjang iaitu dua minggu," katanya pada Malam Penghargaan Industri Filem 2011 di sini, Rabu.

Mohd Mahyuddin Mustakim Finas
 Gambar Mohd Mahyuddin Mustakim - Finas E-Lesen

Tambah Mahyidin, dengan melakukan penambahbaikan di Unit Perlesenan tersebut, ia dapat membantu proses penerbitan perfileman berjalan dengan lancar.

Malah, pihaknya juga sedang berusaha untuk mempercepatkan proses pengeluaran lesen dalam tempoh sehari memandangkan lebih daripada 600 pemohon lesen diterima dalam jangka masa enam bulan pertama tahun ini.

Sistem E-Gafim Perkhidmatan Proses Pendaftaran

Selain itu, Finas turut mengemaskinikan sistem e-Gafim yang merupakan sebuah perkhidmatan proses pendaftaran, kemas kini dan penyeragaman maklumat individu yang berdaftar dengan mana-mana persatuan yang berdaftar dengan Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim).

"Pihak kami juga sedang mengkaji sistem kutipan tiket di mana setiap jualan tiket di kaunter panggung wayang akan di rekod terus ke sistem e-Gafim, ujarnya.

Sementara itu, mengenai malam Penghargaan Industri Filem 2011, ia bertujuan untuk menghargai penggiat-penggiat seni serta bakat baru yang cuba menceburi bidang berkenaan.

"Memang ini bukanlah sebuah majlis yang besar seperti Festival Filem Malaysia (FFM) tetapi ini lebih kepada pihak penerbit yang memperoleh pengiktirafan di luar negara.

Anugerah Penghargaan Industri Filem
 Gambar Pengarah Penerbit Filem Di Majlis Anugerah Penghargaan Industri Filem 2011

"Dalam pada itu, majlis ini juga khas buat orang luar yang mencuba bakat dalam penulisan skrip. Apa yang membanggakan, mereka mempunyai bakat yang besar dalam bidang ini dan boleh menjadi pelapis penulis skrip yang berjaya pada masa akan datang," kata Mahyidin.

Antara penggiat seni yang menerima Anugerah pencapaian Karyawan Filem Tempatan Di Peringkat Antarabangsa ialah Allahyarham Yasmin Ahmad (Pengarah terbaik Festival Filem Asia Pasifik Ke-54 di Taiwan – filem Mualaf), Les Copaque Productions Sdn Bhd (menayangkan filem di 50 pawagam termasuk Indonesia, Singapura, Brunei dan India) dan KRU Studios Sdn Bhd (Tayangan filem Hikayat Merong Mahawansga di 69 buah negara).

Pihak Finas turut memberikan sumbangan berjumlah RM4.7 juta kepada 12 penerbit filem di bawah skim Bantuan Khas Produksi Penerbitan.

Senarai Pemenang Anugerah Penghargaan Industri Filem 2011

Berikut adalah senarai pemenang Anugerah Trofi Samad Idris untuk kategori Media sempena Malam Penghargaan Industri Filem 2011:

Pemenang pertama memenangi hadiah wang tunai RM3,000, kedua RM2,000 dan ketiga RM1,000, masing-masing bersama trofi dan sijil.

KATEGORI BAHASA MALAYSIA:

Tempat Pertama: Ratnawati Rasidi (Berita Harian)
Tajuk Artikel: Usah Hukum Filem, Drama Punca Gegala Sosial

Tempat Kedua: Siti Ruqaiyah Hashim (Utusan Malaysia)
Tajuk Artikel: Khazanah Bernama P.Ramlee

Tempat Ketiga: Ku Seman Ku Hussain (Utusan Malaysia)
Tajuk Artikel: Filem Tidak Manfaatkan Sastera

KATEGORI BAHASA INGGERIS:

Tempat Pertama: Zainal Alam Kadir (The Malay Mail)
Tajuk Artikel: Ordinarily Extraordinary

Tempat Kedua: Faridul Anwar (New Straits Times)
Tajuk Artikel: Not All Nostlagic Gems Get Second Run

Tempat Ketiga: Chok Suat Ling (New Straits Times)
Tajuk Artikel: New Censorship Snips Away The Fun Too

Organisasi Media yang memenangi Piala Pusingan Trofi Samad Idris:
1. Kategori Bahasa Malaysia: Berita Harian
2. Kategori Bahasa Inggeris: The Malay Mail


P/s: Ramai telah menggunakan sistem online kerana banyak kelebihan yang dimiliki, namun kelemahan turut jangan dilupakan untuk sentiasa mengemaskini sistem yang dibuatkan Finas. Selepas ini para penerbit filem tidak perlu lagi beratur panjang di Finas untuk mengisi borang kerana sistem terkini yang diperkenalkan finas iaitu E-Lesen akan memudahkan mereka menghantar maklumat dengan lebih pantas dalam memohon lesen filem.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Finas Perkenal E-Lesen Untuk Penerbit Filem Malaysia By Mohd Rohaizad. Published: 17.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...